4.5.10

SEDIKIT KARANGAN MINDA AKU

aku tidak perlukan pujian dan sanjungan orang diatas setiap apa yang aku lakukan...aku tidak pernah minta apa yang aku lakukan dihargai oleh orang lain kerana keikhlasan tidak pernah mengharapkan apa-apa....dan tidak memandang siapa....cukup saja apa yang aku buat itu akan menjadikan diri aku tenang...semuanya disebabkan aku tidak hidup kerana pujian dan sanjungan...juga aku tak akan mati kerana sumpah dan hinaan orang...berserah diri adalah mutlak hanya pada ALLAH S.W.T...haluskanlah naluri untuk mendalami yang tersirat kerana yang tersirat itu bersifat halus.....berfikirlah menggunakan minda yang halus dan digabungkan dengan hati yang tenang.....jangan memandang rendah pada nilai-nilai yang halus kerana segala rahsia dan barang yang ghaib semuanya halus.....kita sebagai manusia selalu memandang dan memilih apa yang mata kasar kita lihat hingga abaikan pandangan hati yang halus.....pada hal,ALLAH S.W.T menciptakan segala sesuatu untuk kita berfikir...kita menafikan selalu akan kesilapan kita....pada hal kita semua dipengaruhi oleh materialistik......aku,kau,dan anda bukanlah orang yang baik untuk membicarakan kehidupan,tetapi apa yang perlu dibuat adalah jangan berhenti dari memikirkannya dan saling berkongsi pandangan serta menasihati antara satu sama lain....hanya ada dua kesudahan dihujung kehidupan iaitu syurga dan neraka..... www.tips-fb.com