22.8.10

Kecantikan Seorang Wanita

1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkhawin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan..sebahagian diatasi dengan berkhawin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum khawin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah khawin, dia hafal seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengawini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkhawin.

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkhawinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkawinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang
ketiga diarahkan kepada suami.

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.

31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.
www.tips-fb.com

Bagaimana nak format Nokia Series 60


Ramai yang masih hantar kat kedai bila handphone Nokia 3320 atau Nokia 6600 dan Mana-mana nokia series 60(symbian)yang lain dah tak betul (hang) atau tak boleh nak ON. Sebenarnya korang leh format sendiri jek.. Ini kelebihan pada handphone nokia series 60. Cara ini dipanggil flashing dimana kita akan Install semula Symbian OS dalam drive C:/ menggunakan OS symbian asal yang disimpan dalam Read Only Memory(ROM) tersedia dalam handphone tersebut.
Peringatan : Lakukan dengan tanggungjawab sendiri…tak payah pegi kedai dan bayar RM30(mahal tuh pada hal leh wat sendiri je…huhu…)
Cara pertama:
1. Pastikan handphone anda telah di charge sepenuhnya
2. Backup dulu suma senarai no telefon dan apa-apa yang anda perlukan dalam C:\ kepada memory card (biasanya E:\)
3. Matikan handphone s60 anda
4. Tekan 3 butang ini serentak
a. Butang panggilan (warna hijau)
b. Butang bintang (*)
c. Butang no 3
5. Tanpa lepaskan tiga2 butang tadi, ON kan handphone anda. Tekan butang ON sehingga keluar screen putih yang de tuling FORMATING..
6. Sekarang handphone anda telah berjaya diformat kepada OS asal. Suma konfigurasi anda sebelum ini akan hilang.

Cara kedua:
Cara ini akan resetkan OS anda kepada seperti mana ketika anda membelinya tetapi semua aplikasi yang terdapat dalam handphone anda tidak akan di delete.
1. Pastikan handphone anda telah di charge sepenuhnya
2. Backup dulu suma senarai no telefon dan apa-apa yang anda perlukan dalam C:\ kepada memory card (biasanya E:\)
3. Setelah siap backup semua yang penting, masukkan no ini *#7780#. Sistem akan mintak anda restart handphone anda. Pilih “YES” dan handphone anda akan di format dan di restart. Anda mungkin akan diminta untuk memasukkan security code. Kalau anda belum pernah ubah lagi, kemungkinan adalah 12345.
4. Cara ini hanya jika anda boleh ON handphone anda. Jika tidak, gunakan cara pertama.
Cara ketiga:
Cara ini akan delete semua aplikasi yang anda telah masukkan kedalam handphone anda (tidak termasuk MMC).
5. Pastikan handphone anda telah di charge sepenuhnya
6. Backup dulu suma senarai no telefon dan apa-apa yang anda perlukan dalam C:\ kepada memory card (biasanya E:\)
7. Setelah siap backup semua yang penting, masukkan no ini *#7370#. Sistem akan mintak anda restart handphone anda. Pilih “YES” dan handphone anda akan di format dan di restart. Anda mungkin akan diminta untuk memasukkan security code. Kalau anda belum pernah ubah lagi, kemungkinan adalah 12345.
8. Cara ini hanya jika anda boleh ON handphone anda. Jika tidak, gunakan cara pertama.
Tips
1. Bila anda perlu formatkan handphone anda? Apabila anda rasakan handphone anda sudah sangat2 slow atau anda rasa ada virus didalam handphone anda.
2. Anda boleh jimatkan wang dan masa bagi mengformat handphone anda.
3. Jika handphone masih mempunyai masalah setelah selesai format, sila hantarkan ke kedai handphone. Mungkin ada masalah lain.



Ramai yang masih hantar kat kedai bila handphone Nokia 3320 atau Nokia 6600 dan Mana-mana nokia series 60(symbian)yang lain dah tak betul (hang) atau tak boleh nak ON. Sebenarnya korang leh format sendiri jek.. Ini kelebihan pada handphone nokia series 60. Cara ini dipanggil flashing dimana kita akan Install semula Symbian OS dalam drive C:/ menggunakan OS symbian asal yang disimpan dalam Read Only Memory(ROM) tersedia dalam handphone tersebut.
Peringatan : Lakukan dengan tanggungjawab sendiri…tak payah pegi kedai dan bayar RM30(mahal tuh pada hal leh wat sendiri je…huhu…)jangan membazir duit...simpan untuk masa depan....belajarlah....
Cara pertama:
1. Pastikan handphone anda telah di charge sepenuhnya
2. Backup dulu suma senarai no telefon dan apa-apa yang anda perlukan dalam C:\ kepada memory card (biasanya E:\)
3. Matikan handphone s60 anda
4. Tekan 3 butang ini serentak
a. Butang panggilan (warna hijau)
b. Butang bintang (*)
c. Butang no 3
5. Tanpa lepaskan tiga2 butang tadi, ON kan handphone anda. Tekan butang ON sehingga keluar screen putih yang de tuling FORMATING..
6. Sekarang handphone anda telah berjaya diformat kepada OS asal. Suma konfigurasi anda sebelum ini akan hilang.

Cara kedua:
Cara ini akan resetkan OS anda kepada seperti mana ketika anda membelinya tetapi semua aplikasi yang terdapat dalam handphone anda tidak akan di delete.
1. Pastikan handphone anda telah di charge sepenuhnya
2. Backup dulu suma senarai no telefon dan apa-apa yang anda perlukan dalam C:\ kepada memory card (biasanya E:\)
3. Setelah siap backup semua yang penting, masukkan no ini *#7780#. Sistem akan mintak anda restart handphone anda. Pilih “YES” dan handphone anda akan di format dan di restart. Anda mungkin akan diminta untuk memasukkan security code. Kalau anda belum pernah ubah lagi, kemungkinan adalah 12345.
4. Cara ini hanya jika anda boleh ON handphone anda. Jika tidak, gunakan cara pertama.
Cara ketiga:
Cara ini akan delete semua aplikasi yang anda telah masukkan kedalam handphone anda (tidak termasuk MMC).
5. Pastikan handphone anda telah di charge sepenuhnya
6. Backup dulu suma senarai no telefon dan apa-apa yang anda perlukan dalam C:\ kepada memory card (biasanya E:\)
7. Setelah siap backup semua yang penting, masukkan no ini *#7370#. Sistem akan mintak anda restart handphone anda. Pilih “YES” dan handphone anda akan di format dan di restart. Anda mungkin akan diminta untuk memasukkan security code. Kalau anda belum pernah ubah lagi, kemungkinan adalah 12345.
8. Cara ini hanya jika anda boleh ON handphone anda. Jika tidak, gunakan cara pertama.
Tips
1. Bila anda perlu formatkan handphone anda? Apabila anda rasakan handphone anda sudah sangat2 slow atau anda rasa ada virus didalam handphone anda.
2. Anda boleh jimatkan wang dan masa bagi mengformat handphone anda.
3. Jika handphone masih mempunyai masalah setelah selesai format, sila hantarkan ke kedai handphone. Mungkin ada masalah lain...

www.tips-fb.com

21.8.10

KU HADIAHKAN AL-FATIHAH BUAT MU AYAH KU....


Ayah…
seandaianya kau ada disini
tak kan ada butiran bening rindu yang mengalir dari mataku
tak kan ada gundah membayangi hariku
karena ketenangan kan tersalur melalui genggaman jarimu
karena kehangatan mentari kasih sayangmu merengkuhku
namun ayah…. takdir-Nya tak lagi mempersua raga
namun jiwa dan doa kita bersatu diatas sana
dan Allah mengikatnya dengan tali cinta-Nya

ayah….
maafkan atas kesedihanmu dulu karena ketidak patuhanku
maafkan aku karena belum mampu membuatmu tersenyum bangga padaku
ma'afkan atas segala dosa yang kulakukan padamu…
maafkan aku kerana tiada disisimu sewaktu kau pergi…..
maafkan aku kerana jarak memisahkan kita……
maafkan diatas semua kesilapan ku……..uh……..

ayah…..
dengan desah nafas kerinduanku dikeheningan malam
kumerayu dalam rukuk dan sujud pada-Nya
agar kau tenang dialam sana…
Tangis ku, tak dapat memutar waktu.
Sesal ku, tak dapat memeluk mu……
Dan harap ku,tak akan dapat mengembalikan mu….

ayah..
sungguh kasih sayang ku padamu melekat seperti do'a dengan bibir
pembacanya seperti lautan dengan pantainya…..serta  aku  berdo'a 
dan terus berdoa hingga kelak kita berkumpul disana……
lalu mendendangkan nyanyian cinta dan melantunkan ayat ayat-Nya….
Ku hadiahkan AL-FATIHAH bersama doa-doa kudus ku….
Untuk mu dialam abadi…..kau hilang dimata tapi hidup dan selamat dihati ku Selalu……
ayah…………………………..




www.tips-fb.com

19.8.10

AKU MERENUNGKAN SESUATU.......


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KITA TAK DAPAT MEMASTIKAN UNTUK APA SESEORANG ITU SUDI BERKAWAN DENGAN KITA…KITA TAK DAPAT MEMASTIKAN SEJAUH MANA ORANG YANG INGIN BERKAWAN DENGAN KITA MEMAHAMI APA ITU KAWAN…KITA TAK DAPAT MENGETAHUI APAKAH ORANG YANG INGIN BERKAWAN DENGAN KITA ITU IKHLAS ATAU TIDAK…KITA TAK TAHU SAMAADA BILA KITA BERKAWAN ITU KITA AKAN DAPAT MUSIBAH ATAU TIDAK…..TERLALU RAMAI ORANG YANG PENTINGKAN DIRI SENDIRI TANPA MEMIKIRKAN ORANG LAIN WALAUPUN KAWAN BAIK YANG RAPAT DENGAN KITA SEKALIPUN….TETAP BOLEH MENYAKITI KITA ATAU MENIKAM KITA DENGAN KEJAM….HANYA DENGAN “HATI YANG IKHLAS DALAM BERKAWAN SAHAJA AKAN MENJADIKAN KITA MAMPU MERAMAL APA AKAN TERJADI”…DAN MERASAI….HATI YANG IKHLAS TIDAK PERNAH SIA-SIA…..WALAUPUN AKAN DISIA-SIAKAN…,HATI YANG IKHLAS TETAP INDAH…. DAN HARUM WALAUPUN DILETAK DIATAS RIBUAN BANGKAI YANG BUSUK..’

www.tips-fb.com

15.8.10

AKU BELAJAR TENTANG CINTA...


MENCINTAI..bukanlah bagaimana kita melupakan,melainkan bagaimana kita memaafkan…Bukan juga bagaimana kita mendengar,melainkan bagaimana kita mengerti. Bukanlah apa yang kita lihat,melainkan apa yang kita rasakan… Bukanlah bagaimana kita melepaskan melainkan…bagaimana kita mampu bertahan....

Atas dasar apa engkau mencintai? 
harta?pelajaran?jasa?kebaikan?pakaian?persamaan?maka,
Andai dia seorang yang miskin,seorang yang rendah ilmunya,seorang yang rosak akhlaknya,seorang yang tidak menjaga auratnya,seorang yang berbeza darimu,adakah masih engkau ...akan mendampinginya?Seorang pencinta yang baik,tak akan meninggalkan Orang yang dicintainya dalam apa jua keadaan sekalipun…

 

Cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab,kesetiaan, komitmen,keikhlasan,kejujuran,bermaruah dan ada matlamat…bukan bersandarkan pada materialistik…CINTA jika dari mata turun ke hati itu adalah nafsu….namun jika dari hati ke mata?berfikirlah….nafsu,berpunca dari mata lalu menyerap ke hati yang lalai…sedangkan hati yang tulus ikhlas serta penuh kejujuran mampu menilai…yang terisi dengan kasih sayang ALLAH adalah yang terbaik antara semua yang baik….yang indah diantara yang terindah…

 

Cinta yang sejati, adalah ketika kita menitiskan air mata dan masih mengingatinya…ketika kita masih menunggunya dengan setia,walaupun dia telah hilang entah kemana…ketika dia mula mencintai orang lain tapi kita masih boleh tersenyum…mengharap dia lebih bahagia daripada bersama dengan kita…walaupun kita terluka….asalkan tidak dia yang merasa terluka…

 

Cinta mampu menghidupkan hati yang telah mati, menceriakan suasana jiwa yang pernah terluka, membangunkan nurani yang pernah rebah, menyambung kembali semangat yang telah patah,...menghapuskan duka lara yang usang…Cinta yang suci adalah kekuatan yang Allah kurniakan bagi mereka yang punya akal yang sihat…dan hati yang indah….

 

Dalam cinta sesama manusia, kita sering sukar untuk menang. Tapi ketika cinta itu tulus, meskipun kalah, kita tetap menang hanya kerana kita bahagia dapat mencintai seseorang lebih dari kita mencintai diri sendiri. Akan tiba saatnya di mana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita, tapi kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih bahagia apabila kita melepaskannya. Sebaliknya, apabila kita benar-benar mencintai seseorang…

 

Cinta itu tak pernah kejam…yang kejam adalah orang yang biasa melakukan kekejaman….cinta itu tak pernah berdusta…yang dusta hanyalah orang yang hanya pandai bermain dengan kata-kata…cinta itu tidak menyakitkan…  yang menyakitkan adalah orang yang suka menyakitkan…cinta itu tidak buta….yang buta adalah orang yang tak mampu menilai dengan mata hati…seburuk-buruk buta adalah BUTA HATI…dan perasaan yang paling indah wujud didalam hati adalah CINTA…

 

Mata tidak bisa menilai kebenaran nurani, hanya hati yang penuh dengan keikhlasan bisa merasakannya. Maka ketika hatimu penuh dengan rasa curiga dan ego,matamu akan menilai semua yang salah seakan – akan benar..... menitiskan airmata dalam hati,lebih bahaya jika dibandingkan menangis tersedu-sedu. Air mata yang keluar dapat dihapus, tetapi air mata yang tersembunyi dihati mengguriskan luka yang tidak akan pernah hilang…

 

Hormatilah orang lain jika kamu ingin dihormati...hargailah orang lain jika kamu ingin dihargai...
sayangilah orang lain jika kamu ingin disayangi...jujurlah dengan org lain jika kamu ingin orang jujur dengan kamu…dan cintailah orang lain dengan penuh kejujuran serta keihlasan jika kamu ingin dapat yang sebegitu dari orang lain…kamu akan dapat balasan seperti mana yang kamu buat diakhirnya…

 

Dan jauhkanlah EGO dalam cinta…. seribu perkataan yang baik untuk  menerangkan kebaikan cinta tetap akan jadi sia-sia kerana EGO akan memekakkan telinga,menutup mata dan fikiran mereka yg menyukai EGO itu sendiri...kejujuran,keikhlasan,ketulusan,pengorbanan, kemaafan,kasih sayang,toleransi yang sejati akan membentuk cinta yang terindah……dan indah…..



 

 

 

 

 

 

 




CATATAN KEHIDUPAN
-BELAJAR DARI PENGALAMAN ORANG LAIN DAN DIRI SENDIRI


www.tips-fb.com

14.8.10

Kesepian, kerinduan & kenangan…

Kadang-kadang…
Sewaktu kita dalam kesepian…
Masa akan mengingatkan kita tentang masa silam…
Tanpa kita minta ia muncul…..
Dan terus menerus hadir dalam fantasi…
Bersama mimpi-mimpi semalam…
Alunan firasat akan lagukan kerinduan….
Diserikan pula dengan nada-nada kenangan….
Lantas mengajar erti sebuah kerinduan…..
Kadang-kadang…
Rindu itu sangat-sangat menyakitkan….
Pada yang sememangnya telah hilang….
Yang tak bisa kita kembalikan….
Dibatasi oleh pintu realiti….
Antara waktu yang tidak pernah terhenti…
Walaupun kadang-kadang…
Rindu itu sangat-sangat menyakitkan…
Tetapi ia adalah penghias sebuah kesepian…
Teman yang setia pada kenangan….
Tanpa ada jemu ia bertandang….
Menghiasi ruang yang kosong…..
Untuk dipenuhi oleh alunan nada naluri..
Kadang-kadang…
Seseorang itu senang membicarakan….
Menuturkan penghargaan pada kenangan….
Pada hal,hati menafikan….
Tanpa memahami harga sebuah kerinduan & kenangan…
Menipu diri sendiri….tanpa prejudis…
www.tips-fb.com

RENUNGAN UNTUK LELAKI


JANGAN KATA LELAKI BIASA ,NABI PUN TERASA SUNYI TANPA WANITA…TANPA MEREKA,HATI,FIKIRAN DAN PERASAAN LELAKI AKAN RESAH.MASIH MENCARI WALAUPUN SUDAH ADA SEGALA-GALANYA….APALAGI YANG TIDAK ADA DISYURGA,NAMUN NABI ADAM A.S TETAP RINDUKAN SITI HAWA….KEPADA WANITALAH LELAKI MEMANGGIL IBU,ISTERI,PUTERI,SAYANG,KEKASIH…..KEPADA WANITALAH TEMPAT LELAKI BERMANJA,TEMPAT LELAKI MENCURAHKAN RASA…SEJARAH TELAH MEMBUKTIKAN SETIAP KEJAYAAN LELAKI PASTI ADA WANITA DISISI MEMBANTUNYA….KEHIDUPAN LELAKI TAK AKAN SEMPURNA JIKA TIADA WANITA…TANPA WANITA,MAKA TAK AKAN INDAHLAH  BUMI INI....
”DIJADIKAN  MEREKA DARI TULANG RUSUK YANG BENGKOK UNTUK DILURUSKAN OLEH LELAKI,TETAPI KALAU LELAKI SENDIRI YANG TIDAK LURUS,TAK MUNGKIN MAMPU HENDAK MELURUSKAN MEREKA”…LURUSKANLAH WANITA DENGAN CARA YANG DITUNJUK ALLAH TAALA,KERANA MEREKA DICIPTA SEBEGITU RUPA OLEH-NYA.DIDIKLAH MEREKA DENGAN PANDUAN DARI-NYA…
JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA…NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR…..
JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN…NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA….
AKAL SETIPIS RAMBUTNYA,TEBALKAN DENGAN ILMU…
HATI SEPARUH KACA,KUATKAN DENGAN IMAN….
PERASAAN SELEMBUT SUTERA,HIASILAH DENGAN AKHLAK…
  - YANG SEMENTARA ITU TAK AKAN MENYELESAIKAN MASAALAH…KENALKAN MEREKA KEPADA ALLAH,ZAT YANG KEKAL…ITULAH SUISNYA…

-Mulialah wanita solehah. Di dunia, ia akan menjadi cahaya bagi keluarganya dan berperan melahirkan generasi dambaan. Jika ia wafat, Allah akan menjadikannya bidadari di surga. Kemuliaan wanita solehah digambarkan Rasulullah Saw. dalam sabdanya, “Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah”. (HR. Muslim).


 -CATATAN KEHIDUPAN






www.tips-fb.com

13.8.10

ADIK & PALESTIN


Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid yang kejut adik. Adik mengantuk sangat. Adik tarik gebar semula. Tidur balik. Walid geleng kepala bila nampak adik tidur balik. Walid tepuk belakang adik suruh adik mandi. Lepas mandi adik pakai baju baru. Ummi kata hari ini Hari Raya Aidilfitri. Semua orang pakai baju baru. Tapi adik tengok ummi pakai baju buruk,walid pun pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila adik mengajukan soalan itu. Ummi kata cukuplah adik seorang pakai baju baru.



Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melalui denai-denai kecil. Sepanjang jalan adik dengar takbir raya. Allahu Akbar Allahu Akbar, La ilaha illallah huallahu akbar, Allahu Akbar wallilla hilham.. Adik khusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ke telinga,lagak seperti bilal masjid sambil menjerit takbir raya.Walid cuma ketawa kecil melihat gelagat adik. Di persimpangan jalan, kami bertemu Pak Cik Nassier jiran adik. Adik pandang walid. Walid ralit berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar walid berbual tentang syahid, Yassier Arafat dan lain-lain lagi. Nama negara adik pun walid sebut, Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik cuma mendengar.



Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar,tersergam indah. Masjid kebanggaan negara adik, Masjidil Aqsa.Walid pernah beritahu adik, Masjidil Aqsa kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah. Masjidil Aqsa juga adalah salah satu tempat suci dalam Islam. Nabi Muhammad pun mengalami peristiwa Israk dan Mikraj di masjid ini. Adik buka kasut dan masuk ke perut masjid. Adik lihat ramai orang. Semuanya duduk dalam saf. Walid tarik adik duduk di penjuru masjid,kemudian walid solat tahiyatul masjid.Adik ikut walid solat raya. Adik berdiri betul-betul dekat dengan walid. Adik pandang walid. Bila walid angkat tahbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat kamit membaca sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak tahu apa yang adik baca. Walid rukuk,adik rukuk. Walid sujud, adik sujud.



Adik membilang anak tangga selepas selesai solat raya dan bersalam-salaman dengan jemaah yang lain. Walid ada di belakang adik. Suasana ketika itu tenang dan damai. Adik suka ketenangan. Adik tarik nafas, hirup dalam-dalam udara pagi. Tiba-tiba ketenangan itu diragut. Adik nampak ramai orang bertempiaran lari. Adik juga nampak sekumpulan askar yang memegang senjata sedang mara menuju ke arah masjid. Adik dengar bunyi kuat. Bunyi tembakan. Walid dukung adik erat sambil melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik takut. Adik pejam mata. Kaki walid yang kuat berlari tiba-tiba terhenti. Pautan tangan walid longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur tubuh tumbang dan menghenyak adik. Adik pandang belakang. Mata adik terbeliak. Adik nampak tubuh walid. Kepala walid berdarah. Adik menjerit nama walid. Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur satu persatu dari tubir kelopak mata adik. Walid pandang adik. Walid cium pipi adik. Walid suruh adik lari. Adik geleng kepala. Adik pegang tangan walid. Adik hendak duduk di sisi walid. Walid senyum pada adik. Mulut walid lemah menutur kalimah syahadah. Adik goyang tubuh walid. Walid tidak bergerak. Walid kaku.
"Waliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiid!!!!!!!"




Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak kalih kiri dan kanan. Sampai di rumah, adik terus menangis. Ummi hairan tengok adik. Adik sebut nama walid berkali-kali. Mayat walid di hantar ke rumah tidak lama selepas itu. Adik masih menangis. Adik tengok ummi cium dahi walid. Ummi peluk adik. Beberapa orang jiran cuba tenangkan ummi. Abang yang duduk di penjuru dinding juga menangis. Abang dah besar. Umur abang enam belas tahun. Abang pergi dekat walid,abang peluk dan cium walid. Selepas sembahyang adik nampak orang angkat walid keluar rumah. Abang pun ikut sama. Adik tidak ikut. Adik duduk rumah dengan ummi.Adik tanya ummi, mana perginya walid. Diam. Adik tanya lagi sambil menongkat dagu menunggu jawapan daripada mulut ummi. Ummi pandang adik, ummi kata walid pergi ke satu tempat yang sangat cantik. Walid pergi tidak akan kembali
lagi. Adik cuma mengangguk. "Adik nak ikut walid" Ummi geleng kepala dan peluk adik. Adik lap air mata di pipi ummi. Adik senyum, ummi senyum.




Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka ke belakang rumah. Adik berlari-lari anak ikut abang ke belakang. Abang tekun membuat sesuatu. Sesuatu yang menyerupai senapang. Adik cuma duduk diam dan tengok. Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja. Adik menguap berkali-kali. Boring duduk diam tanpa melakukan sebarang kerja. Tidak keletah adik dibuatnya. Mata adik melilau-lilau mencari barang mainan. Adik nampak benda bulat seperti bola. Adik pergi dekat cuba mencapai benda itu. Adik pegang dan belek. Sedang adik seronok bermain, abang rampas 'bola' adik. Adik masam. Adik tarik muncung empat belas. Adik marah pada abang. Abang tersenyum melihat tingkah laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipi montel adik. Abang beritahu adik yang benda itu bom tangan bukannya bola seperti yang disangka adik. Adik diam, kemudian berlari mendapatkan ummi. Merajuk.



Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti hari-hari lain, walid tidak ada untuk kejut adik. Apabila teringat walid,mata adik berkaca. Adik tidak mahu menangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak boleh menanggis, orang lelaki kena kuat dan tabah. Adik nampak abang sedang bersiap-siap. Abang galas beg besar. Semua benda yang abang buat semalam abang bawa. Benda bulat seperti bola pun abang bawa. Kawan-kawan abang semuanya sedang menunggu di depan rumah. Abang cium tangan ummi, minta izin untuk pergi. Ummi peluk abang,cium abang berkali-kali. Adik cuma memandang dengan mata terkebil-kebil. Adik garu kepala yang tidak gatal. Abang datang dekat adik. Abang dukung adik,usap kepala adik. "Adik jaga ummi ya" pesan abang. "Abang nak pergi mana" tanya adik seperti orang bodoh. "Abang nak pergi berjuang". Abang mengukir senyuman mengakhiri bicara.



Kelibat abang hilang ditelan kabus pagi. Hanya lambaian tangan adik mengiringi pemergian abang. Lepas abang pergi ummi cerita macam-macam perkara pada adik. Pasal Israel, pasal syurga, pasal jihad dan banyak lagi. Semuanya adik tidak faham. "Isra..Israfil." terkial-kial adik menyebut perkataan itu dalam pelat yang pekat. "Bukan Israfil. Israfilkan nama malaikat. Malaikat yang tiup sangka kala. Israel." Ummi membetulkan sebutan adik. "Is.ra.el" akhirnya adik berjaya menyebutnya juga. Ummi ketawa kecil. Adik ikut ketawa menampakkan sebaris gigi adik yang ronggak. Ummi kata Israel jahat. Israel musuh umat Islam. Israel juga musuh Allah. Israel yang mencetuskan peperangan di bumi Palestin. Israel yang bunuh walid. Adik benci Israel. Adik benci sesiapa yang menjadi musuh Allah.



Adik lari keluar rumah. Adik pergi ke jalan besar. Ramai kanak-kanak sebaya adik di situ. Mereka semua baling batu kepada sekumpulan tentera yang bersenjata di seberang jalan. Adik ingat lagi, tentera itulah yang bunuh walid. Merekalah Israel. Adik marah. Adik geram. Adik capai batu, adik baling kuat-kuat. Adik pejam mata. Terbayang di kepala adik peristiwa yang menimpa walid. Adik sertai kawan-kawan adik yang lain; membaling batu. Kadang-kadang kami lari apabila tentera itu menyerang balas. Ada juga kawan-kawan adik kena tembak. Tumbang satu persatu. Adik nampak baju mereka merah berlumuran darah. Adik lari menyorok di sebalik bangunan usang untuk menyelamatkan diri. Adik lari bersama seorang kawan adik. Namanya Jamal. Dia juga sama dengan adik. Walidnya juga pergi ke suatu tempat yang sangat cantik dan tidak akan kembali lagi. Apabila keadaan semakin reda, adik pulang ke rumah. Adik berjanji dengan Jamal untuk melontarkan batu lagi pada keesokkan harinya.



Sesampai di rumah adik berasa sangat lapar. Adik cari roti di dapur. Adik buka almari, adik cari dalam almari tapi tidak jumpa. Perut adik mula berbunyi minta diisi. Adik sudah makan roti petang tadi tapi adik masih berasa lapar lagi. Adik nampak ummi pegang roti. Itu sajalah satu-satunya roti yang tinggal di rumah kami. Ummi tidak makan apa-apa lagi sejak pagi tadi. Adik pergi dekat ummi. Ummi yang baru menyuapkan roti ke mulutnya tersentak. Ummi keluarkan semula roti dari mulutnya dan suapkan ke mulut adik. Adik kunyah dengan gelojoh.
"Ummi, kenapa kita hidup susah?" adik tanya pada ummi dengan mulut dipenuhi roti. Ummi pangku adik di ribanya. Ummi mengelus lembut rambut adik.
"Kita kena sabar sebab sabar itu cantik" ujar ummi perlahan.
"Cantik macam syurga ker ummi?" adik tanya lagi.
Ummi senyum.
"Nabi Muhammad pun hidup susah juga. Baginda dilontar batu ketika
menyebarkan dakwah di Taif. Malahan kaum Quraisy ramai yang ingin bunuh nabi. Nabi sabar,nabi tak cepat putus asa" sambung ummi lagi.
Adik dengar dengan khusyuk. Adik nak jadi baik macam Nabi Muhammad. Nama
adik pun Muhammad. Walid yang cadangkan nama itu. Walid hendak adik tabah
dan cekal macam Nabi Muhammad.



Malam itu adik duduk bersila depan ummi sambil tangan memegang Al-Quran.
Adik ikat serban sendiri. Adik lilit serban ikut suka hati adik. Sekejap adik lilit ke kiri, sekejap ke kanan. Kadang-kadang serban itu tutup mata adik. Adik kuak sedikit kain serban ke atas ketika hendak membaca Al-Quran.
"Bismillahirrahmanirrahim.."
Adik baca Al-Quran dengan bersungguh-sungguh. Adik baca kitab Allah itu
dengan tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan adik. Adik hendak jadi macam abang. Umur enam tahun sudah khatam Al-Quran. Adik baru
umur tiga tahun. Adik kena baca Quran dengan rajin kalau hendak khatam Al-Quran cepat macam abang. Adik ingat pesanan ummi. Ummi kata Al-Quranlah satu-satunya harta yang paling berharga. Adik ingin baca Al-Quran hari-hari. Adik tidak mahu ponteng baca Al-Quran.
Bacaan adik terhenti apabila pintu diketuk dan nama ummi dilaung-laungkan
dari luar.
"Syukur ya Huda, anakmu Yassin mati syahid"muncul Mak Cik Fatima di depan
rumah.
"Anakmu,anakmu adalah salah seorang pengebom berani mati ya Huda.
Tindakannya menyebabkan tujuh orang askar Israel laknatullah terbunuh. Yassin dan tiga orang lagi pejuang Hizbullah mati syahid. Semoga syurga menanti mereka kelak" terang Mak Cik Fatima panjang lebar.



Ummi panjatkan doa pada Allah semoga roh abang ditempatkan dalam golongan
orang-orang yang beriman. Adik kaget. Nama Israfil.bukan..Israel disebut lagi. Adik benci mendengar nama itu. Kemarahan adik meluap-luap. Ummi beritahu adik abang telah pergi ikut walid. Ummi kata ummi bangga mempunyai anak seperti abang. Adik masuk tidur awal. Adik mimpi satu tempat yang sangat cantik. Adik nampak walid dan abang di sana. Walid dan abang senyum pada adik. Adik cuba kejar mereka tapi semakin adik kejar semakin mereka menghilang.



Keesokkan harinya, adik tunggu Jamal di tepi jalan seperti yang dijanjikan.
Lima minit berlalu Jamal tidak muncul-muncul juga. Hampir setengah jam adik
tunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik tidak suka orang yang mungkir pada janji. Adik ingat lagi, salah satu ciri org munafik ialah mungkir apabila berjanji. Adik tidak mahu jadi munafik. Adik tanya kawan-kawan adik yang lain. Rupa-rupanya Jamal juga seperti walid dan abang. Jamal pergi ke satu tempat yang cantik. Tempat yang adik tidak tahu di mana letaknya. Semua orang yang adik sayang pergi ke tempat itu. Mula-mula walid,kemudian abang dan akhirnya Jamal.



Adik pulang ke rumah awal. Adik terkejut. Terkesima sebentar. Rumah adik
dikepung askar Israel. Mereka memang sedang mencari keluarga adik ekoran
tindakan berani mati abang mengebom kubu Israel. Tubuh adik yang kecil memudahkan adik menyusup masuk ke dalam rumah. Adik nampak ummi terpelosok di satu sudut. Adik lihat dengan mata adik sendiri, tentera itu tendang
ummi. Mereka sepak dan terajang ummi. Tapi ummi masih bersabar. Ummi tidak
putus-putus menyebut satu kalimah keramat..Ahad..Ahad. Mata adik merah. Adik
menahan marah. Adik tidak suka orang pukul ummi. Adik sayang ummi. Adik benci Israel. Seorang tentera Israel mengacukan pistol ke arah ummi. Ummi dengan tenang menghadapinya. Tiada pun segaris garisan gusar terpancar di wajah ummi. Ketika peluru dilepaskan, tiba-tiba.....



"Muhammad!!!!!!!" Ummi menjerit sambil memegang tubuh adik. Badan adik berlumuran darah. Pekat dan merah. Adik raba perut adik. Adik rasa sakit. Sakit yang mencucuk-cucuk. Seketika tadi adik telah korbankan tubuhnya untuk
melindungi ummi. Natijahnya peluru itu merobek perut adik yang tidak berdosa. Ummi peluk adik. Ummi menangis semahu-mahunya. Adik cuba senyum pada ummi walaupun perit.



"Ummi.adik rasa mengantuk,adik nak tidur.Adik nak jadi mujahid,adik nak ikut
walid dan abang" terketar-ketar suara adik kedengaran di cuping telinga ummi. Ummi angguk,berusaha sedaya upaya untuk menahan air mata daripada jatuh bercucuran.Adik pejam mata. Adik nampak walid, abang dan Jamal melambai-lambai ke arah adik.






Ya Allah...
Aku memohon cinta-Mu...
Dan cinta orang yang mencintai-Mu...
Serta semua amalan yang mendekatkanku
kepada cinta-Mu...


-TERIMA KASIH KEPADA INSAN YANG MMBERIKAN ARTIKAL INI UNTUK DIKONGSI DENGAN KAWAN-KAWAN YANG LAIN...SETIAP PERBUATAN YANG BAIK PASTI AKAN MENDAPAT BALASAN YANG BAIK....

www.tips-fb.com

7.8.10

BERKORBAN ITU INDAH

Telah dua bulan musim hujan berlalu sehingga di mana-mana pepohonan nampak menghijau. Kelihatan seekor ulat di antara dedaun menghijau yang bergoyang-goyang diterpa angin.

"Apa khabar daun hijau," katanya. Tersentak daun hijau menoleh ke arah suara yang datang. "Oh, kamu ulat. Badanmu kelihatan kurus dan kecil, mengapa?" tanya daun hijau.

"Aku hampir tidak mendapatkan dedaunan untuk makananku. Bolehkah engkau membantuku sahabat?" kata ulat kecil. "Tentu.. tentu.. dekatlah ke mari."Daun hijau berfikir, "Jika aku memberikan sedikit dari tubuhku ini untuk makanan si ulat, aku akan tetap hijau. Hanya sahaja aku akan kelihatan berlubang-lubang. Tapi tak apalah." Perlahan-lahan ulat menggerakkan tubuhnya menuju daun hijau.

Setelah makan dengan kenyang ulat berterimakasih kepada daun hijau yang telah merelakan bahagian tubuhnya menjadi makanan si ulat. Ketika ulat mengucapkan terimakasih kepada sahabat yang penuh kasih dan pengorbanan itu, ada rasa puas di dalam diri daun hijau. Sekalipun tubuhnya kini berlubang di sana-sini namun ia bahagia dapat melakukan sesuatu bagi ulat kecil yang lapar.

Tidak lama berselang ketika musim panas datang daun hijau menjadi kering dan berubah warna. Akhirnya ia jatuh ke tanah, disapu orang dan dibakar.

Apa yang terlalu bererti di hidup kita sehingga kita enggan berkorban sedikit sahaja bagi sesama? Nah... akhirnya semua yang ada akan "mati" bagi sesamanya yang tidak menutup mata ketika sesamanya dalam kesukaran. Yang tidak membelakangi dan seolah tidak mendengar ketika sesamanya berteriak meminta tolong. Ia rela melakukan sesuatu untuk kepentingan orang lain dan sejenak mengabaikan kepentingan diri sendiri.

Merelakan kesenangan dan kepentingan diri sendiri bagi sesama memang tidak mudah, tetapi indah. Ketika berkorban diri kita sendiri menjadi seperti daun hijau yang berlobang namun itu sebenarnya tidak mempengaruhi hidup kita, kita akan tetap hijau, Allah akan tetap memberkati dan memelihara kita.

Bagi "daun hijau", berkorban merupakan sesuatu perkara yang mengesankan dan terasa indah serta memuaskan. Dia bahagia melihat sesamanya dapat tersenyum kerana pengorbanan yang ia lakukan. Ia juga melakukannya kerana menyedari bahawa ia tidak akan selamanya tinggal sebagai "daun hijau". Suatu hari ia akan kering dan jatuh.

Demikianlah kehidupan kita. Hidup ini hanya sementara, kemudian kita akan mati. Itu sebabnya isilah hidup ini dengan perbuatan-perbuatan baik, kasih, pengorbanan, pengertian, kesetiaan, kesabaran dan kerendahan hati.

Jadikanlah berkorban itu sebagai sesuatu yang menyenangkan dan membawa sukacita tersendiri bagi anda. Kita dapat berkorban dalam banyak perkara. Mendahulukan kepentingan sesama, melakukan sesuatu bagi mereka, memberikan apa yang kita punyai dan masih banyak lagi pengorbanan yang dapat kita lakukan.

Yang mana yang sering kita lakukan? Menjadi ulat kecil yang menerima kebaikan orang atau menjadi "daun hijau" yang senang memberi.
www.tips-fb.com