22.9.10

apakah masih ada rasa itu?


apakah masih ada rasa itu?
atau ia hanya satu perangkap
yang bermain dengan waktu...
disebalik jaringan illusi itu...

apakah masih ada rasa itu?
disebalik yang jernih....
yang datang dan pergi dengan 
misteri...tanpa ada noktahnya....

apakah masih ada rasa tu?
hingga aku sendiri pun....
...tidak lagi pasti...sekalipun
aku punyai seribu mimpi...

apakah rasa itu penting?




www.tips-fb.com

20.9.10

Zikir yang diajar oleh Imam Ghazali.Iaitu 1000 kali sehari


hari ahad- ya hayyu ya qayyum
hari isnin - la haula wa la quwwata illa billahil 'aliyyil 'azhim
hari selasa - allahumma solli 'ala saidina muhammadin wa 'ala alihi wa sohbihi wa sallim
hari rabu - astaghfirullahal 'azhim
hari khamis - subhanallahil 'azhimi wa bi hamdih
hari jumaat - ya allah
hari sabtu - laa ilaha illaallah
www.tips-fb.com

30.8.10

HEBATNYA KEMAAFAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 133-134:
“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa. Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”

Alangkah indahnya susunan ayat-ayat Allah. Memaafkan kesalahan orang lain bukan sesuatu yang senang mereka sebahagian daripada kita.Memberi maaf menunjukkan seseorang individu itu berjiwa besar di sisi Allah, bahkan jua di sisi manusia sendiri. Bukan mudah memaafkan orang lain terutama ketika anda sedang marah pada individu tersebut. Memohon maaf ketika mereka sedang marah bukanlah cara terbaik untuk dimaafkan. Ramai di antara kita tidak menyedari situasi ini.Namun nilai kemaafan ini makin tinggi nilainya apabila anda mampu melakukannya demikian. Mengapa begitu sukar memaafkan orang lain?Sukar untuk dijelaskan kerana ianya melibatkan hati masing-masing. Tetapi apa yang paling utama, kemaafan akan perlahan-perlahan menjernihkan suasana yang keruh. Sekalipun kejernihan perhubungan itu tidak sejernih sebelumnya, sekurang-kurang anda telah membina hati yang besar di dalam diri anda.

Ramai manusia tidak memaafkan kesalahan orang lain. Mereka sanggup menyimpan kesalahan orang lain itu sebagai bara untuk menghidupkan dendam di dalam diri mereka.Mereka rasa berbahagian menyimpan dendam terhadap orang. Padahal Allah SWT akan menganugerahkan sebuah mahligai di akhirat bagi mereka yang sanggup memaafkan kesalahan orang lain.

Suatu hari Anas bin Malik r.a serta para sahabat yang lain duduk di sisi baginda Rasulullah SAW melihat baginda tersenyum secara tiba-tiba sehingga kelihatan giginya, lalu Anas bertanya:“Apakah yang meyebabkan Rasulullah tersenyum gembira”.“Yang menyebabkan aku tersenyum kerana ada dua orang di kalangan umatku di akhirat nanti, keduanya merangkak di hadapan Allah SWT kerana memohon pengadilan terhadap kes yang melibatkan mereka berdua.Seorang darinya merayu :“Wahai Tuhan, tolonglah balas terhadap orang ini, sesungguhnya dia sangat zalim dan telah menzalimi aku ketika di dunia dahulu dengan pelbagai perbuatan.”Lalu Allah memerintahkan orang yang zalim itu membayar ganti rugi sebagai penyelesaian tetapi orang itu tidak dapat berbuat demikian kerana tidak ada suatupun yang boleh digunakan untuk membayar tuntutan tersebut.Lalu dia berkata: “Dengan apakah aku hendak membayarnya sedangkan tiada satupun kebaikan yang tinggal, semua telah habis dituntut orang.”Ketika itu, orang yang kena zalim itu meminta agar orang zalim itu mengambil kejahatan dan dosa yang ada pada dirinya. Pada ketika itu Rasulullah menitiskan air mata.“Lelaki yang melakukan kezaliman itu ingin membayar tetapi tidak terdaya kerana sudah tidak ada apa-apa yang tinggal untuk dirinya”.Jelas nabi kepada Anas.“Sesungguhnya itulah suatu hari yang sangat dahsyat sehingga sampai ke suatu peringkat manusia mencari orang lain untuk memikul dosanya”.Jelas Rasulullah lagi.Ketika dua orang tersebut sedang berbalah lalu Allah SWT memperlihatkan sebuah mahligai di dalam syurga:“Tidakkah kamu melihat mahligai itu?” Ujar Allah kepada manusia yang kena zalim itu.“Ya, saya nampak sebuah mahligai yang diperbuat dari emas dalam sebuah taman dari perak, untuk siapakah itu wahai Allah?Mungkin untuk nabi-nabi atau syuhada atau mungkin juga untuk golongan siddiqin?”Ujar orang itu.“Mahligai untuk sesiapa saja yang sanggup membayar harganya”.Jelas Allah lagi.“Jika demikian adalah mustahil saya dapat memilikinya kerana saya tidak punya apa-apa disini untuk membayar harga mahligai emas itu”. Ujar manusia itu lagi.“Justeru kamu masih berpeluang memilikinya kerana kamu masih memiliki barang bernilai yang dapat membayar mahligai itu”.“Bagaimana caranya?”. Tanya orang itu dengan penuh rasa ingin tahu.“Iaitu sekiranya kamu sedia memaafkan rakan kamu dan tidak menuntutnya memikul dosa kamu”. Jelas Allah SWT.Dengan perasaan yang begitu gembira orang itu berkata: “Ya Allah, jika begitu aku segera memaafkan dia, terhadap apa jua kezaliman yang telah dilakukan kepada saya,” ujar manusia itu.Lalu Allah SWT memerintahkan agar malaikat membawa orang itu ke dalam mahligai yang terbina di sebuah syurga dari perak, kemudian Allah SWT mengizinkan orang itu membawa bersama taulannya memasuki syurga itu...

www.tips-fb.com

23.8.10

INFO UNTUK LELAKI

Rahsia ini sangat berguna kepada semua kaum Adam. Kaum hawa TAK DIGALAKKAN baca, tapi kalau nak baca gak, apa boleh buat…huhuhu
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus ditengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu dihatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah.
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

TERIMA KASIH KEPADA SEORANG TEMAN YANG MEMBERI NOTE INI UNTUK DIKONGSI KEPADA SEMUA www.tips-fb.com

22.8.10

Kekuatan Ikhlas

Ikhlas adalah melakukan amal,baik perkataan maupun perbuatan ditujukan untuk Allah semata. Al-Quran menyuruh kita ikhlas (QS Yunus [10]: 105). Rasul SAW mengingatkan, ''Allah tidak menerima amal kecuali apabila dilaksanakan dengan ikhlas untuk mencari redha Allah semata.'' (HR Abu Dawud dan Nasa'i). Imam Ali RA juga berkata, ''Orang yang ikhlas adalah orang yang memusatkan pikirannya agar setiap amal diterima oleh Allah.''

Kendati bersimbah peluh,berkuah keringat, menghabiskan tenaga, menguras pikiran, kalau tidak ikhlas, sebesar apa pun amal, sia-sia di mata Allah. Maka, sungguh rugi orang yang bertempur, mempertaruhkan nyawa dengan niat ingin disebut pahlawan, atau orang yang sedekah habis-habisan hanya ingin disebut dermawan.

Seorang sufi menuturkan, ''Ikhlas berarti engkau tidak memanggil siapa pun selain Allah SWT. Untuk menjadi saksi atas perbuatanmu.'' Ikhlas menjadi benar-benar teramat penting yang akan membuat hidup ini menjadi indah, ringan, dan bermakna”.

Ikhlas akan membuat jiwa menjadi bebas,merdeka, tidak dibelenggu pengharapan akan pujian. Hati menjadi tenang karena ia tidak akan diperbudakan penantian untuk mendapat penghargaan ataupun imbalan dari makhluk.Penantian adalah hal yang tidak selesa,menunggu pujian atau imbalan adalah hal yang dapat meresahkan, bahkan bisa mengiris hati bila ternyata yang datang sebaliknya caci maki. Orang yang tidak ikhlas akan banyak menemui kekecewaan dalam hidup, karena ia banyak berharap pada makhluk yang lemah, ia mengikatkan diri pada tali yang rapuh.

Justeru itu,imbalan manusia tiada apa-apanya dibanding imbalan Allah SWT. Sungguh tak ada risau, tak khuwatir ditipu,dikhianati,bila dekat dengan seorang hamba yang ikhlas. Justru sebaliknya,orang akan merasa nyaman karena sikap dan tutur katanya menghargai dan menyejukkan, penuh manfaat, karena orang yang ikhlas perhatiannya fokus memberi yang terbaik untuk Allah yang selalu menatapnya. Imbasnya akan memberi kebaikan pada orang yang berada di kanan-kirinya. Dan Allah beri penghargaan pada mereka (QS An-Nisa [4]: 146). Subhanallah, adakah yang lebih berharga dari pemberian Allah? Maka, nikmat Tuhan manakah yang kita dustakan?


www.tips-fb.com

Kedamaian Hati Adalah Kedamaian Sejati

Seorang raja mengadakan sayembara dan akan memberi hadiah yang melimpah kepada sesiapa sahaja yang mampu melukis tentang kedamaian. Ada banyak seniman dan pelukis berusaha keras untuk memenangi pertandingan tersebut.
Sang raja berkeliling melihat-lihat hasil karya mereka. Hanya ada dua buah lukisan yang benar-benar disukainya. Tapi sang raja harus memilih satu di antara kedua-duanya.

Lukisan pertama menggambarkan sebuah telaga yang tenang. Permukaan telaga bagaikan cermin sempurna yang memantulkan kedamaian gunung ganang yang tenang menjulang di sekitarnya. Di atasnya terpampang langit biru dengan awan putih berarak-arak. Semua yang memandang lukisan tersebut akan berpendapat bahawa itulah lukisan terbaik mengenai kedamaian.

Lukisan kedua juga menggambarkan tentang kawasan pergunungan. Namun tampak kasar dan gondol. Di atasnya terlukis langit yang gelap dan merah menandakan turunnya hujan badai dan petir sabung menyabung. Di sisi gunung ada air terjun deras yang berbuih-buih, sama sekali tidak menampakkan ketenangan dan kedamaian.

Tapi ada sesuatu yang menarik perhatian raja. Di balik air terjun itu tumbuh semak-semak kecil di atas sela-sela batu. Di dalam semak-semak itu seekor ibu pipit meletakkan sarangnya. Jadi, di tengah-tengah riuh-rendahnya air terjun, seekor ibu pipit sedang mengerami telurnya dengan damai. Benar-benar damai.

Kalau saudara pembaca, lukisan manakah yang rasa-rasanya memenangi pertandingan itu? Bagi Sang Raja, baginda memilih lukisan kedua. Tahukah anda mengapa? Kerana jawab Sang Raja, “Kedamaian bukan bererti anda harus berada di tempat yang tanpa kekacauan, kesukaran atau pekerjaan yang teruk atau sibuk. Kedamaian adalah hati yang tenang dan damai, meskipun anda berada di tengah huru-hara luar biasa.” www.tips-fb.com

Kecintaan Kepada Syahid

Dalam kebanyakan surat-surat yang dikirimkan oleh Rasulullah SAW kepada beberapa orang raja adalah bertujuan supaya mereka memeluk agama Islam, salah seorang di antaranya ialah raja Busra, surat kepada raja ini di hantar oleh Haris bin Umar Azdi ra. Sewaktu membawa surat ketika Haris bin Umar ra. sampai di Mauta beliau telah dibunuh oleh Sharabbil Ghassani, yakni salah seorang gabenor Kaisar. Pembunuhan ini adalah bertentangan dengan semua undang-undang kesusilaan di antara suku-suku, sebab Haris bin Umar ra. adalah utusan untuk menyampaikan surat.
Rasulullah SAW sangat dukacita atas kematian Haris, lalu baginda mengumpulkan seramai 3000 pejuang yang gagah berani untuk menentang musuh yang jahat itu. Rasulullah SAW, melantik Zaid bin Harthah sebagai ketua pasukan. Kemudian Baginda SAW, bersabda kepada para pejuang yang akan ke medan pertempuran: “Sekiranya Zaid terbunuh maka Jaafar bin Abi Talib hendaklah mengetuai pasukan dan jika Jaafar juga terbunuh maka Abdullah bin Rawahah hendaklah mengetuai pasukan. Dan sekiranva Abdullah juga terbunuh maka bolehlah kamu semua memilih seorang ketua di kalangan kamu orang yang kamu kehendaki.” Seorang Yahudi yang kebetulan berada di situ berkata: “Pasti ketiga-tiga mereka ini akan terkorban kerana ini adalah lumrah sebagimana para-para Nabi yang terdahulunya selalu meramalkan.”
Sebelum tentera Islam berangkat menuju ke medan pertempuran, Rasulullah SAW memberikan sehelai bendera putih yang diperbuat sendiri oleh baginda SAW kepada Zaid. Rasulullah SAW menemani tentera-tentera Islam beberapa langkah di luar Kota Madinah dan baginda berdoa: “Semoga Allah SWT akan mengembalikan kamu semua dengan selamat dan memperolehi kejayaan. Semoga Allah memelihara kamu semua dari segala kejahatan.”
Setelah Rasulullah SAW selesai berdoa, Abdullah bin Rawahah menyampaikan tiga rangkap syair yang bermaksud: “Aku hanya mengiginkan keampunan terhadap segala dosa-dosaku dan
sebilah pedang untuk menyebabkan darah-darah merahku memancar
keluar seperti air yang mengalir keluar dari mata air.
Atau sebilah tombak untuk menembusi masuk keliang hatiku dan isi perutku.
Dan ketika insan-insan melalui di tepi kuburku, mereka akan berkata:
Semoga engkau telah gugur kerana Allah.... berjaya dan makmur.
Engkau sesungguhnya insan yang berjaya dan makmur.” Di pihak musuh pula ketuanya yang bernama Sarjil, telah mengetahui mengenai persediaan tentera Islam, Sarjil mengumpulkan 100,000 tentera yang lengkap dengan alat kelengkapan perang untuk menghadapi serangan tentera Islam. Ketika, Sarjil dan bala tenteranya hendak mara, ia mendapat berita bahawa Kaisar sendiri sedang mara dengan satu batalion tentera yang terdiri dari 100,000 orang untuk menolong Sarjil. Apabila berita ini sampai kepada para sahabat yang sedang dalam perjalanan untuk berperang dengan pihak musuh, mereka merasa ragu-ragu dan mereka berfikir samada mara atau pun tidak untuk menentang musuh Islam yang berjumlah 200,000 orang itu. Atau mereka mengirim utusan kepada Rasulullah SAW untuk mendapatkan nasihat.
Dalam ragu-ragu itu Abdullah bin Rawahah dengan penuh semangat pejuang berkata dengan suara yang lantang: “Wahai para sahabatku, apakah yang membimbangkan kamu semua. Apakah tujuan sebenar kamu semua datang kesini? Bukankah kamu semua datang kesini untuk mati syahid. Kita sebagai pejuang-pejuang Islam tidak pernah memperjuangkan tenaga kita dengan kekuatan senjata dan kekuatan bilangan tentera. Perjuangan kita adalah semata-mata kerana Islam yang telah dimuliakan oleh Allah SWT ke atas setiap kita pejuang-pejuang agamaNya. Kita hendaklah mempastikan salah satu antara dua: Kemenangan atau syahid.”
Apabila para sahabat yang lain mendengar kata-kata semangat dari Abdullah bin Rawahah, maka para sahabat pun bertekad untuk bertemu dengan tentera-tentera Kristian di medan peperangan Mauta.
Apabila sampai di medan pertempuran, Zaid ra. menggenggam bendera di tangan dan mengarahkan tugas bagi menghadapi pertempuran, maka berlakulah pertempuran yang sengit di antara tentera Islam dengan tentera Kristian. Dalam pertempuran yang sedang rancak berjalan itu, saudara lelaki Sarjil mati dan Sarjil sendiri melarikan diri dan bersembunyi di dalam sebuah kubu.
Sarjil telah mengirim berita kepada Kaisar tentang masalahnya dan meminta bantuan tentera, maka Kaisar pun menghantar tenteranya yang gagah berani seramai 200,000 untuk membantu Sarjil. Tentera Islam tetap bertarung dengan semangat jihad walaupun angka tentera musuh jauh berbeza dari tentara Islam yang cuma 3000 orang sahaja. Dalam pertempuran yang sengit itu maka syahidlah Zaid ketua panglima tentera Islam.
Jaafar ra. mengambil alih sebagai ketua dan menggenggam bendera, beliau dengan sengaja melumpuhkan kaki kudanya agar beliau tidak dapat meninggalkan medan pertempuran jika datang perasaannya untuk meninggalkan medan pertempuran. Dalam peperangan yang sedang rancak berjalan itu Jaafar membaca beberapa ungkapan syair: “Wahai manusia! Betapakah indahnya syurga.
Dan betapa gembiranya tentang kehampirannya!
Kecelakaan orang-orang Rom berada di dalam genggaman tangan, aku mesti hapuskan mereka semua.”
Dengan memegang bendera Islam yang berkibaran di sebelah tangan dan sebelah tangan lagi memegang pedang beliau terus meluru ke arah musuh. Sewaktu meluru tangan kanan beliau yang memegang bendera telah ditetak, beliau dengan segera memegang bendera dengan tangan kiri, tetapi tangan kiri beliau juga ditetak, beliau tetap memegang kuat dengan menggigit bendera dengan bantuan kedua belah bahunya yang telah kudung. Darah mengalir seperti air paip. Datanglah musuh dari arah belakang lalu menetak Jaafar ra. sehingga terbelah dua, dan syahidlah Jaafar ra. Umur Jaafar ra. ketika itu ialah 33 tahun.
Abdullah bin Umar ra. menceritakan, “Ketika kami mengangkat beliau keluar dari medan pertempuran. Kami dapat mengira bahawa terdapat 90 liang luka di badan beliau.”
Sewaktu Jaafar ra. terbunuh Abdullah bin Rawahah sedang makan daging di penjuru medan peperangan. Beliau sudah tiga hari kelaparan. Sebaik sahaja beliau mendengar berita tentang kematian Jaafar. Dengan segera beliau mencampakkan daging dengan berkata “Abdullah kamu ini asyik sibuk dengan makan, sedangkan Jaafar telah sampai ke syurga.”
Tanpa membuang masa Abdullah bin Rawahah terus mencapai bendera dan meluru ke arah musuh. Dalam pertempuran anak-anak jarinya banyak yang parah dan banyak yang tergantung dengan isi. Beliau meletakkan anak-anak jarinya ke bawah lalu dipijak dengan kaki dan ditarik sehingga jari-jarinya bercerai dari tangannya.
Kemudian beliau terus mara dan beliau berhenti sebentar dan memikirkan tentera Islam yang sedikit berbandingkan tentera musuh yang ramai. Dalam tengah berangan-angan itu dia tersentak dan berkata ia dalam hatinya: “Wahai hati, apa yang menyebabkan kamu memikirkan demikian?” Adakah kerana cinta kepada isteriku? Kalau begitu aku ceraikan kamu pada saat ini juga. Adakah kerana hamba-hamba? Kalau begitu aku bebaskan mereka semua. Adakah kerana kebun? Kalau begitu aku berikan sebagai sedekah.”
Oleh kerana keletihan dan kelaparan, beliau turun dari kudanya, sementara sepupunya datang membawa sekeping daging kepadanya dengan berkata: “Kamu tidak dapat tidur dan makan kerana kelaparanmu selama tiga hari.”
Apabila Abdullah hendak mengambil daging tersebut, beliau mendengar laungan musuh di salah satu sudut medan pertempuran, beliau melemparkan daging tersebut. Dengan pedang yang terhunus beliau meluru ke arah musuh dan berjuang sehingga beliau syahid di medan pertempuran itu.

Dipetik Dari Buku:Himpunan Kisah-kisah Menyayat Hati (Siri 2)
Pengarang: Muhammad Selamat www.tips-fb.com

Kecantikan Seorang Wanita

1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkhawin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan..sebahagian diatasi dengan berkhawin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum khawin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah khawin, dia hafal seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengawini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkhawin.

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkhawinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkawinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang
ketiga diarahkan kepada suami.

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.

31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.
www.tips-fb.com

Bagaimana nak format Nokia Series 60


Ramai yang masih hantar kat kedai bila handphone Nokia 3320 atau Nokia 6600 dan Mana-mana nokia series 60(symbian)yang lain dah tak betul (hang) atau tak boleh nak ON. Sebenarnya korang leh format sendiri jek.. Ini kelebihan pada handphone nokia series 60. Cara ini dipanggil flashing dimana kita akan Install semula Symbian OS dalam drive C:/ menggunakan OS symbian asal yang disimpan dalam Read Only Memory(ROM) tersedia dalam handphone tersebut.
Peringatan : Lakukan dengan tanggungjawab sendiri…tak payah pegi kedai dan bayar RM30(mahal tuh pada hal leh wat sendiri je…huhu…)
Cara pertama:
1. Pastikan handphone anda telah di charge sepenuhnya
2. Backup dulu suma senarai no telefon dan apa-apa yang anda perlukan dalam C:\ kepada memory card (biasanya E:\)
3. Matikan handphone s60 anda
4. Tekan 3 butang ini serentak
a. Butang panggilan (warna hijau)
b. Butang bintang (*)
c. Butang no 3
5. Tanpa lepaskan tiga2 butang tadi, ON kan handphone anda. Tekan butang ON sehingga keluar screen putih yang de tuling FORMATING..
6. Sekarang handphone anda telah berjaya diformat kepada OS asal. Suma konfigurasi anda sebelum ini akan hilang.

Cara kedua:
Cara ini akan resetkan OS anda kepada seperti mana ketika anda membelinya tetapi semua aplikasi yang terdapat dalam handphone anda tidak akan di delete.
1. Pastikan handphone anda telah di charge sepenuhnya
2. Backup dulu suma senarai no telefon dan apa-apa yang anda perlukan dalam C:\ kepada memory card (biasanya E:\)
3. Setelah siap backup semua yang penting, masukkan no ini *#7780#. Sistem akan mintak anda restart handphone anda. Pilih “YES” dan handphone anda akan di format dan di restart. Anda mungkin akan diminta untuk memasukkan security code. Kalau anda belum pernah ubah lagi, kemungkinan adalah 12345.
4. Cara ini hanya jika anda boleh ON handphone anda. Jika tidak, gunakan cara pertama.
Cara ketiga:
Cara ini akan delete semua aplikasi yang anda telah masukkan kedalam handphone anda (tidak termasuk MMC).
5. Pastikan handphone anda telah di charge sepenuhnya
6. Backup dulu suma senarai no telefon dan apa-apa yang anda perlukan dalam C:\ kepada memory card (biasanya E:\)
7. Setelah siap backup semua yang penting, masukkan no ini *#7370#. Sistem akan mintak anda restart handphone anda. Pilih “YES” dan handphone anda akan di format dan di restart. Anda mungkin akan diminta untuk memasukkan security code. Kalau anda belum pernah ubah lagi, kemungkinan adalah 12345.
8. Cara ini hanya jika anda boleh ON handphone anda. Jika tidak, gunakan cara pertama.
Tips
1. Bila anda perlu formatkan handphone anda? Apabila anda rasakan handphone anda sudah sangat2 slow atau anda rasa ada virus didalam handphone anda.
2. Anda boleh jimatkan wang dan masa bagi mengformat handphone anda.
3. Jika handphone masih mempunyai masalah setelah selesai format, sila hantarkan ke kedai handphone. Mungkin ada masalah lain.



Ramai yang masih hantar kat kedai bila handphone Nokia 3320 atau Nokia 6600 dan Mana-mana nokia series 60(symbian)yang lain dah tak betul (hang) atau tak boleh nak ON. Sebenarnya korang leh format sendiri jek.. Ini kelebihan pada handphone nokia series 60. Cara ini dipanggil flashing dimana kita akan Install semula Symbian OS dalam drive C:/ menggunakan OS symbian asal yang disimpan dalam Read Only Memory(ROM) tersedia dalam handphone tersebut.
Peringatan : Lakukan dengan tanggungjawab sendiri…tak payah pegi kedai dan bayar RM30(mahal tuh pada hal leh wat sendiri je…huhu…)jangan membazir duit...simpan untuk masa depan....belajarlah....
Cara pertama:
1. Pastikan handphone anda telah di charge sepenuhnya
2. Backup dulu suma senarai no telefon dan apa-apa yang anda perlukan dalam C:\ kepada memory card (biasanya E:\)
3. Matikan handphone s60 anda
4. Tekan 3 butang ini serentak
a. Butang panggilan (warna hijau)
b. Butang bintang (*)
c. Butang no 3
5. Tanpa lepaskan tiga2 butang tadi, ON kan handphone anda. Tekan butang ON sehingga keluar screen putih yang de tuling FORMATING..
6. Sekarang handphone anda telah berjaya diformat kepada OS asal. Suma konfigurasi anda sebelum ini akan hilang.

Cara kedua:
Cara ini akan resetkan OS anda kepada seperti mana ketika anda membelinya tetapi semua aplikasi yang terdapat dalam handphone anda tidak akan di delete.
1. Pastikan handphone anda telah di charge sepenuhnya
2. Backup dulu suma senarai no telefon dan apa-apa yang anda perlukan dalam C:\ kepada memory card (biasanya E:\)
3. Setelah siap backup semua yang penting, masukkan no ini *#7780#. Sistem akan mintak anda restart handphone anda. Pilih “YES” dan handphone anda akan di format dan di restart. Anda mungkin akan diminta untuk memasukkan security code. Kalau anda belum pernah ubah lagi, kemungkinan adalah 12345.
4. Cara ini hanya jika anda boleh ON handphone anda. Jika tidak, gunakan cara pertama.
Cara ketiga:
Cara ini akan delete semua aplikasi yang anda telah masukkan kedalam handphone anda (tidak termasuk MMC).
5. Pastikan handphone anda telah di charge sepenuhnya
6. Backup dulu suma senarai no telefon dan apa-apa yang anda perlukan dalam C:\ kepada memory card (biasanya E:\)
7. Setelah siap backup semua yang penting, masukkan no ini *#7370#. Sistem akan mintak anda restart handphone anda. Pilih “YES” dan handphone anda akan di format dan di restart. Anda mungkin akan diminta untuk memasukkan security code. Kalau anda belum pernah ubah lagi, kemungkinan adalah 12345.
8. Cara ini hanya jika anda boleh ON handphone anda. Jika tidak, gunakan cara pertama.
Tips
1. Bila anda perlu formatkan handphone anda? Apabila anda rasakan handphone anda sudah sangat2 slow atau anda rasa ada virus didalam handphone anda.
2. Anda boleh jimatkan wang dan masa bagi mengformat handphone anda.
3. Jika handphone masih mempunyai masalah setelah selesai format, sila hantarkan ke kedai handphone. Mungkin ada masalah lain...

www.tips-fb.com

21.8.10

KU HADIAHKAN AL-FATIHAH BUAT MU AYAH KU....


Ayah…
seandaianya kau ada disini
tak kan ada butiran bening rindu yang mengalir dari mataku
tak kan ada gundah membayangi hariku
karena ketenangan kan tersalur melalui genggaman jarimu
karena kehangatan mentari kasih sayangmu merengkuhku
namun ayah…. takdir-Nya tak lagi mempersua raga
namun jiwa dan doa kita bersatu diatas sana
dan Allah mengikatnya dengan tali cinta-Nya

ayah….
maafkan atas kesedihanmu dulu karena ketidak patuhanku
maafkan aku karena belum mampu membuatmu tersenyum bangga padaku
ma'afkan atas segala dosa yang kulakukan padamu…
maafkan aku kerana tiada disisimu sewaktu kau pergi…..
maafkan aku kerana jarak memisahkan kita……
maafkan diatas semua kesilapan ku……..uh……..

ayah…..
dengan desah nafas kerinduanku dikeheningan malam
kumerayu dalam rukuk dan sujud pada-Nya
agar kau tenang dialam sana…
Tangis ku, tak dapat memutar waktu.
Sesal ku, tak dapat memeluk mu……
Dan harap ku,tak akan dapat mengembalikan mu….

ayah..
sungguh kasih sayang ku padamu melekat seperti do'a dengan bibir
pembacanya seperti lautan dengan pantainya…..serta  aku  berdo'a 
dan terus berdoa hingga kelak kita berkumpul disana……
lalu mendendangkan nyanyian cinta dan melantunkan ayat ayat-Nya….
Ku hadiahkan AL-FATIHAH bersama doa-doa kudus ku….
Untuk mu dialam abadi…..kau hilang dimata tapi hidup dan selamat dihati ku Selalu……
ayah…………………………..




www.tips-fb.com