Dari Abu Musa al Asy’ari RA, katanya “ Seorang laki2 Arab mendatangi Nabi SAW lalu dia berkata: Ya Rasulullah, ada orang berperang untuk mendapatkan harta rampasan, ada pula supaya dia terkenal sebagai pahlawan, dan ada pula supaya kedudukannya dihormati. Siapakah sebenarnya yang berperang Fi Sabilillah? Jawab Rasulullah “ Yaitu orang yang berperang menegakkan kalimah Allah setinggi2nya, itulah yang disebut Fi Sabilillah”
Umat Islam mengimani bahawa berjuang pada jalan Allah jihad fi sabilillah merupakan kewajiban yang akan terus berlaku sehingga kiamat. Umat Islam setiap zaman dipanggil untuk berjihad dengan mempersiapkan fizikal, mental dan harta benda, bersabar , stabil, berhujjah menolak tuduhan musuh2 agama dengan kalbu yang beriman untuk mati syahid pada jalan Allah. Adalah satu ikrar perjanjian yang diimani setiap Muslim dengan Tuhannya bahawa menjadi kefardhuan dan wajib untuk berjihad dengan kata hati, dengan kata2 lisan dan sekali gus dengan perbuatannya. Pengertian jihad fi sabilillah adalah mencurahkan segala kemampuan semaksimanya menegakkan kalimat Allah.
Tidak ada jalan untuk menggugurkan atau memalingkannya dari terus menjadi tuntutan dan perintah Allah SWT kepada umat. namun berjihad dijalan Allah tentulah dengan petunjuk dan pengajaran dari wahyuNya yakni al Quran nulKareem yang pastinya bersatu dibawah kepimpinan yang terpimpin dengan kalam2Nya tersebut. Seperti yang berlaku terdahulu, maka pasti akan berlaku dimasa akan datang; dan yang terdahulu serta yang akan datang itu berlaku sekarang. Dizaman Nabi Muhammad SAW, baginda adalah Pemimpin Jihad menegakkan kalimat2 Allah dengan wahyu2 Tuhan, lalu disambung para sahabat, Khalifah2 dan kepimpinan seterusnya sehinggalah sekarang, pemimpin yang membacakan al Quran dan keterangan dari Tuhan telah datang mengajak umat untuk berjihad menegakkan kalimatNya.
Allah mengancam dengan kehinaan bagi sesiapa yang tidak berjihad sebaliknya menjanjikan kemenangan dan kedudukan martabat yang tinggi dan mulia kepada sesiapa yang berjihad menegakkan kalimat2Nya. Perlu diingatkan bahawa segalanya adalah kerana perintah Allah SWT dan bukan kerana kemenangan dan kedudukan martabat tinggi yang dijanjikanNya. Perlu disebut untuk diperbetulkan bahawa iktikad mengimani dan berbuat segala suruhan adalah kerana perintah dan suruhan Allah bukan kerana ganjaran dan balasan (pahala dan syurga), begitulah juga apabila meninggalkan larangan Tuhan bukanlah kerana dosa dan siksaan api neraka tetapi kerana laranganNya tidak boleh berbuat perkara2 mungkar tersebut. Pun janji2 Allah adalah benar dan ancamanNya juga adalah benar, namun berbuat yang disuruh dan meninggalkan yang dilarang Tuhan itulah yang dimaksudkan iman dan taqwa. Keperluan tuntutan berjihad sebenarnya adalah untuk menghalang bahaya musuh2 yang mahu menghancurkan peradaban dan tamadun Islam yang dari sisi Tuhan. Maka al Quran diturunkan mengajar manusia untuk bersemangat, tidak cepat berputus asa dan tidak mudah lemah serta tunduk sehingga menjadi mangsa penindasan bagai seperti hamba sahaya.
Musuh2 Islam mempergunakan pelbagai teknik dan tektik termasuk mempolitikkan isu2, lalu didoktrinkan bagi melemahkan semangat jihad umat. Umpamanya kini, dengan memperlengkapkan anggota majoriti dan persenjataan material moden dijadikan sumber kekuatan dan pasti beroleh kemenangan sebagai mahu melumpuhkan rasa keimanan dan ketaqwaan kepada Allah yang telah dijanjikanNya kemenangan. Sejarah kemenangan terdahulu dengan jumlah minoriti dengan berlandaskan iman dan taqwa kepada Allah dan Rasul membuktikan Allah tidak pernah memungkiri janji2Nya. Perhatikan sebahagian dari surah al Baqarah 2:249 “Berkata orang2 yang mengetahui bahawa mereka akan menemui Allah : Berapa banyak kejadian kaum yang sedikit mengalahkan kaum yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang2 yang sabar”
Namun apa yang kelihatan sekarang adalah Islam itu berada dibawah penjajahan, penindasan, diskriminasi dan berlaku peperangan sesama sendiri akibat doktrin musuh tersebut. Pimpinan2 yang ada tidak lagi mewarisi semangat jihad fi sabilillah dari Rasulullah, para sahabat dan khalifah2 terdahulu kerana sudah dilalaikan dengan kemewahan dan kekayaan yang disogokkan oleh musuh2 sendiri, sehinggakan umat awam menjadi derita dan sengsara dinegara sendiri lantaran pimpinan yang sedemikian. Lebih mendukacitakan dilaung2kan keIslamikan diri dan pemerintahan namun telah memesongkan pengertian jihad kepada Allah bagi mencapai kepentingan dan kepuasan diri sendiri. Mereka2 tidak pernah menjadikan al Quran sebagai landasan kepada pemikiran dan tindak tanduk namun ngaku2 Islam dengan sewenang2nya.
Sesungguhnya pemimpin yang didatangkan adalah pewaris Nabi yang memberikan fahaman bahawa Islam adalah agama yang meletakan prinsip wajib mencapai kemenangan bagi agamanya, menuntut penaklukkan serta penyingkiran kuasa yang tidak berlandaskan syariat agama dan menjamin keluhuran undang serta hukum2 Allah SWT diatas muka bumi ini. Pemimpin yang mendalami prinsip2 Islam dengan membacakan al Quran beserta keterangan2Nya sebagai petunjuk, pengajaran, perintah dan larangan Tuhan; bersama pengikut2nya yang mendahului agama lain dan umat asing didalam persaingan apa pun juga bentuk dan keadaan Berpegang teguh dan taat setia kepada pimpinan khusus bagi menghalang pihak musuh dari menguasai dunia ini. Sesungguhnya pemimpin itu telah datang bagi mensucikan manusia dengan kalamullah bagi mempastikan Islam tidak terpisah daripada Iman, akidah tidak terpesong dari ibadah, akhlak tidak lari dengan kehidupan dan syariat tidak merosakkan masyarakat kerana Kitabullah adalah rahmat, taufik dan hidayah buat semesta alam. Sesungguhnya pasti Allah akan memberikan kemenangan didunia dan akhirat bagi yang berjihad fi sabillah!
“Hendaklah kamu sediakan untuk melawan mereka, sekadar tenaga mu, kekuatan dan kuda yang terpaut, dengan demikian kamu mempertakuti musuh Allah dan musuh mu; begitu juga orang2 lain selain mereka yang kamu tiada ketahui, sedang Allah mengetahui mereka. Apa2 sesuatu yang kamu belanjakan pada jalan Allah, nescaya disempurnakan Allah balasannya kepada mu, sedang kamu tiada teraniaya” QS al Anfal 8:60.
Seseorang mukmin pasti tidak mahu ditakluki, ditindas dan terjajah selama mana dia mempertahankan akidah mentauhidkan Allah SWT. Orang mukmin tentu tidak akan suka dan tidak akan mahu dikalahkan. Maka janji kemenangan dari Allah pasti berlaku dan pastilah Allah SWT tidak akan menolong mereka2 yang menolak dan menentang jihad menegakkan kalimat2 Tuhan dimuka bumi ini. Kepada semua umat, kembalilah kepada Allah dan Rasul bersama pemimpin yang hanya menyeru dan mengajak kepada penyatuan didalam satu jemaah Islam yang dari sisi Allah SWT berlandaskan al Quran nulKareem. Sesungguhnya Allah telah mengecap barangsiapa yang menentang kalamullah adalah fasik dan mereka itu adalah kafir!
“Sesungguhnya Allah membeli diri dan harta orang2 yang beriman, bahawa untuk mereka itu syurga. Mereka berperang dijalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh, sebagai janji yang benar dari Allah (yang termaktub) dalam Taurat, Injil dan al Quran. Siapakah yang lebih menepati janjinya daripada Allah? Sebab itu bergembiralah kamu dengan penjualan yang kamu jual itu. Demikian itulah kemenangan yang besar ” QS at Taubah 9:111
Persoalannya sekarang, sudahkah dilakukan berjual beli itu dengan Allah SWT? Atau sekadar ngaku2 sahaja dan entah macam mana yang dikatakan berjihad itu pun masih tidak mengerti, dan apabila diajak dan diseru untuk berjihad masing2 dengan seribu alasan. Dengan itulah datangnya seorang pemimpin yang hanya membacakan al Quran dan keterangan2 dengan ayat2 Allah untuk mengajak dan menyeru berjihad dijalan Allah beserta RasulNya selalu dipandang serong malahan ditentang dan diperangi habis2an. Sewajarnyalah disahut dan disambut seruan itu dengan mengambil janji setia berjual beli (bai’ah) bagi menepati kalam Tuhan diatas kerana demikian itulah perintah dan kehendak Allah kepada umat manusia diatas muka bumi ini. Bagi hamba2Nya yang benar2 beriman dan bertaqwa tentulah tidak timbul rasa ragu dan sangsi lagi, apalagi untuk melakukan penentangan kepada pemimpin yang datang. Allah menjelaskan orang2 yang melakukan jual beli dengan diri dan harta bendanya itu didalam sambungan ayat tersebut seperti berikut : -
“Mereka orang2 yang taubat, yang beribadat, yang memuji (Allah), yang berpuasa (atau mengembara menuntut ilmu), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh dengan maaruf, dan melarang yang mungkar, lagi memelihara batas (perintah) Allah. Berilah khabar gembira orang2 yang beriman itu (dengan syurga)” QS at Taubah 112. Oleh yang demikian itu, muhasabahlah diri sendiri, adakah diri menepati seperti orang2 yang digarap Allah SWT melalui ayatNya? Atau sekadar hanya ngaku2 sudah Islam, beriman dan bertaqwa atas dasar akal fikiran sendiri dan rasa2 (duga2) lantaran ilmu agama yang tinggi dan amal ibadat yang sudah banyak, kononnya sudah berjihad! Bagaimana?
No comments:
Post a Comment