17.10.09

Mahalnya sebuah kehormatan

Seorang pemuda masuk ke dalam sebuah kedai makan, memesan makanan. Tidak
beberapa lama kemudian, pesanannya datang. Saat pemuda itu hendak
menikmati makanannya, datanglah seorang anak kecil laki laki menjajakan
kuih padanya, "Bang, mahu beli kuih, bang ?" Dengan ramah pemuda yang
sedang makan itu menjawab "Tidak, saya sedang makan".
Anak kecil tersebut tidak putus asa dengan cubaan pertama. Dia menunggu
sampai pemuda itu selesai makan, lalu dia tawarkan lagi kuih dagangannya,
"Bang, mahu beli kuih, bang ?" Pemuda tersebut menjawab, "Tidak dik, saya
sudah kenyang."
Lalu, pemuda itu membayar di kaunter dan beranjak pergi dari kedai makan
tersebut. Si anak kecil penjaja kuih itu mengikuti. Sudah hampir seharian
dia menjajakan kuih buatan ibunya. Dia tidak menyerah pada usahanya. Anak
itu berfikir, "Cuba aku tawarkan kuih ini lagi pada pemuda itu. Siapa tahu
kuih ini dijadikan ole ole buat orang di rumahnya." Apa yang dilakukan
oleh anak kecil itu adalah usaha gigih membantu ibunya menyambung
kehidupan yang serba sederhana ini.
Saat pemuda itu keluar rumah makan, anak kecil penjaja kuih itu menawarkan
kuih dagangannya untuk yang ketiga kali, "Bang mahu beli kuih saya ?".
Kali ini pemuda itu merasa risih untuk menolak. Kemudian, dia mengeluarkan
wang RM 10 dari dompetnya dan diberikan pada anak kecil itu sebagai
sedekah. Katanya, "Dik, ambil wang ini. Saya tidak beli kuih adik. Anggap
saja ini sedekah dari saya buat adik."
Anak kecil iatu menerima wang pemberian pemuda lalu memberikannya kepada
seorang pengemis yang sedang meminta minta. Betapa terkejutnya pemuda itu.
"Bagaimana anak ini ? Diberi wang tak mahu malah diberikan pada orang lain ?".
Katanya, "Kenapa kamu berikan wang itu pada pengemis ? Mengapa tidak
kau ambil saja ?"
Anak kecil penjaja kuih tersenyum lucu menjawab, "Saya sudah berjanji sama
ibu di rumah untuk menjualkan kuih buatan ibu, bukan jadi pengemis. Dan
saya akan bangga pulang ke rumah bertemu ibu kalau kuih buatan ibu terjual
habis. Wang yang saya berikan kepada ibu hasil usaha kerja keras saya. Ibu
saya tidak suka saya menjadi pengemis".
Pemuda itu kagum dengan kata kata yang diucapkan anak kecil penjaja kuih
yang masih sangat kecil buat ukuran seorang anak yang sudah punya etika
kerja bahawa "kerja adalah sebuah kehormatan". Kehormatan anak kecil itu
akan berkurang di hadapan ibunya, bila dia tidak bekerja keras dan
berhasil menjajakan kuih. Dan, adalah pantangan bagi sang ibu bila anaknya
menjadi pengemis. Dia ingin setiap kali pulang ke rumah dia melihat ibunya
tersenyum menyambut kepulangannya dan senyuman bonda yang tulus dia balas
dengan kerja yang terbaik dan menghasilkan wang.
Akhir cerita, pemuda tadi memborong semua kuih yang dijajakan anak kecil
itu. Bukan kerana kasihan, bukan kerana lapar tapi kerana prinsip yang
dimiliki anak kecil itu "kerja adalah sebuah kehormatan". Dia akan
mendapatkan wang kalau dia sudah bekerja dengan baik.
Semoga cerita di atas bisa menyedarkan kita tentang erti pentingnya kerja.
Bukan sekadar untuk wang semata. Jangan sampai mata kita menjadi "hijau"
kerana wang sehingga melupakan apa erti pentingnya kebanggaan kerjaya yang
kita miliki. Sekecil apapun kerjaya itu, kalau kita kerjakan dengan
sungguh sungguh, pastilah akan bererti besar. www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment