….KEMAAFAN ADALAH DENDAM YANG TERINDAH….APABILA AKU MEMAAFKAN SEMUA KESILAPAN ORANG PADA AKU DENGAN HATI YANG IKHLAS WALAU SEKEJAM MANA PUN KESILAPAN ITU,AKU DAPAT HADIAH “KETENANGAN” DARI SANG PENCIPTA….MUNGKIN MASIH BANYAK TERSISA KESALAHAN-KESALAHAN AKU YANG ORANG MASIH TIDAK DAPAT MEMAAFKAN KU DAN MENJADIKAN DIRI AKU MASIH LAGI TIDAK TENANG SEPENUHNYA TETAPI AKU HANYA MAMPU BERDOA KEPADA YANG MAHA ESA AGAR DIBUKAKAN HATI MEREKA YANG TIDAK MEMAAFKAN KU DAN MENYATAKAN MAAF DIHADAPAN KU SUATU HARI NANTI SEBELUM AKU MENUTUP MATA…AKU BERFIKIR MELALUI CARA YANG PALING HALUS…..KITA TIDAK TAHU BILA KEMATIAN AKAN MENJEMPUT KITA,JADI JIKA NAK MEMULAKAN SESUATU APA PUN ADALAH “DISAAT INI”….APABILA MERENUNG KENANGAN,AKU TERASA BANYAK SEKALI KESILAPAN KU….DAN ADA DIANTARA KESILAPAN KU ITU AKU SENDIRI PUN TAK TAHU DIMANA SALAH KU NAMUN AKU TETAP MEMOHONKAN MAAF…TERUTAMA KEPADA KELUARGA AKU DIDUNIA INI(PART OF MY LIFE)….SYUKUR PADA YANG MAHA ESA KERANA MEMBERIKU SEGALA YANG AKU MILIKI SAMAADA BAIK ATAU BURUK HATI KU DAH AKU PASRAHKAN KEPADA-MU….WALAUPUN TERLALU BANYAK KEGAGALAN YANG AKU BUAT DALAM APA PUN YANG AKU LAKUKAN TETAPI AKU TETAP BERSYUKUR KERANA DIBERI PELUANG UNTUK MELAKUKAN APA YANG AKU INGINKAN SEKALIPUN AKU GAGAL….GAGAL DALAM KEMULIAAN ITU LEBIH BAIK DARI GAGAL DALAM KEHINAAN…..SYUKUR PADA-MU YA ALLAH KERANA MEMBERI KU ILHAM AKAN ERTI KEIKHLASAN ITU….BERSAMANYA AKU MEMUNGUT INDAHNYA KEMAAFAN DAN INDAHNYA KELAPANGAN HATI YANG DINAMAKAN KETENANGAN….WALAUPUN SEDIKIT YANG AKU DAPAT TETAPI TERLALU BESAR ERTINYA UNTUK KU….’MEMULAKAN DENGAN KEIKHLASAN DAN MENYUSURI DENGAN SETIAP KEMAAFAN….SEMOGA DIHADIAHKAN DENGAN KETENANGAN….’….WALAUPUN KADANG-KADANG AKU AKAN TERSESAT DALAM “CAHAYA YANG CUKUP TERANG”,NAMUN SEBAGAI HAMBA SANG PENCIPTA AKU TIDAK AKAN TERLEPAS DARI SETIAP UJIAN YANG DITAKDIRKAN-NYA…DAN ITULAH KEHIDUPAN…..SETIAP KESILAPAN TETAP BOLEH DIPERBETULKAN…..SERTA AKU SEDAR YANG “KEIKHLASAN DAN KEMAAFAN YANG SEJATI TIDAK WUJUD PERKATAAN MEMBERI PELUANG” KERANA PINTU KEIKHLASAN DAN KEMAAFAN ITU SENTIASA TERBUKA SELAMANYA…APABILA KEIKHLASAN DAN KEMAAFAN SENTIASA ADA MAKA KESABARAN AKAN MENINGKAT KE SATU TAHAP YANG KITA TIDAK JANGKA…..YA ALLAH YA TUHAN KU,”BERILAH KEKUATAN-KEKUATAN HATI KEPADA SEMUA INSAN-INSAN YANG HADIR DALAM HIDUPKU UNTUK MEREKA MEMBURU KETENANGAN DAN KETENTERAMAN YANG ABADI”…..JADIKANLAH HATI KU SELALU BERDOA UNTUK KESEJAHTERAAN MEREKA…..JADIKANLAH HATI KU SELALU MENYAYANGI MEREKA WALAU APA PUN TERJADI……JADIKANLAH INGATAN AKU PADA MEREKA ITU DOA KU….JADIKANLAH AKU SEORANG YANG SELALU MEMBAHAGIAKAN MEREKA…..JIKA AKU DIBERI PELUANG UNTUK MEMILIH SATU DOA UNTUK DIMAKBULKAN AKU AKAN MEMILIH SEMOGA ALLAH S.W.T MENGUMPUL SEMUA AHLI KELUARGA KU(PART OF MY LIFE=KELUARGA + KAWAN-KAWAN)MENJADI SEBUAH KELUARGA DAN HIDUP BERSAMA-SAMA DI SYURGA…AMIN…..
CATATAN KEHIDUPAN 6/7/2010 10:43 p.m
No comments:
Post a Comment