6.7.10

KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DISAYANGI

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada
seorang pelajar bertanya pada
 seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru
 tersebut sedang
 menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
 Dialog di antara pelajar dan
 guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang
 yang terbaik sebagai
orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih
sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah,
sekarang kamu buat apa yang
 saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa
jawapannya. 
 Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?
 Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di
luar kelas sekarang
juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan
 sambil memandang rumput di
depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa
 menoleh ke belakang lagi
 walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang
PALING cantik yang berada di
depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke
 kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang
cikgu suruh.
 Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas,
tiada pun rumput yang berada
 di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar
 tersebut. 
 Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
 Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan
sambil memandang rumput
 yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling
cantik. Memang ada
banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling
cantik maka saya pun
terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling
cantik tanpa menoleh ke
belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang ,
saya tak jumpa pun yang
paling cantik. Mungkin ada di antara yang di
belakang saya sebelum itu tapi
dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang
semula, jadi tiadalah rumput
yang saya boleh petik. 
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila
kita telah berjumpa dengan
seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak
mencari lagi yang lebih
baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang
berada di depan kita
sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang
lagi kerana yang berlaku
tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak
lagi berulang. Jika kita
 berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu,
kita boleh perbetulkan
keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut
walaupun banyak perkara yang
menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang
yang kita sayang itulah
kita jumpa paling cantik dan paling baik pada
MULAnya walaupun nak ikutkan
banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput
tadi. KECUALILAH jika
perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi,
maka barulah kita mulakan
sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di
depan kita dengan tulus
dan ikhlas...



TERIMA KASIH KEPADA ORANG YANG MEMBERIKAN
PADA KU CERITA INI UNTUK DIKONGSI KEPADA
SEMUA....

www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment