16.7.10

....UNTUK SANG PELANGI….


SEWAKTU MELANGKAH DALAM KESAMARAN,
AKU MELIHAT SANG PELANGI…..DAN
AKU KIRIMKAN ALUNAN FIRASAT YANG TAJAM…
TERSENTUHLAH AKU UNTUK MENEROKAI SEBUAH
NUKILAN ILHAM….

LALU AKU MENGUKIRKAN....
LAKARAN CATATAN KEHIDUPAN YANG
BEWARNA-WARNI….MENARI DAN MENYANYI…
PENUH DENGAN ERTI TETAPI CUKUP
MISTERI…..UNTUK WIDURI SANG PELANGI…

AKU TERUSKAN MENYELAMI RENTAK HAKIKAT…
WALAUPUN IA SUKAR DAN BERDURI….
NYATALAH HADIR BAGAI MIMPI-MIMPI…
…..SEAKAN MENGUJI KESABARAN
SEBUAH TAKDIR…DAN MENGORBANKAN
KEIKHLASAN….

AKU HANYA SEKADAR MENTARI
YANG TAK MENERANGI DI WAKTU SIANG…
DAN SANG BULAN YANG TIDAK MENERANGI
MALAM….KU CUBA PULA MENJADI BINTANG…
AKHIRNYA AKU HILANG DITELAN
KEGELAPAN JUA….

‘NAMUN KETIKA HUJAN…,
KAU TAK AKAN NAMPAK MATAHARI…TAPI
IA SEBENARNYA ADA….SEPERTI MALAM YANG GELAP
GELITA,TAK SEMESTINYA BULAN ITU TIADA….
HANYA KEHALUSAN SAHAJA YANG
AKAN MELIHATNYA…DENGAN JELAS’

SABAN HARI AKU MENEBARKAN ARUS
KEIKHLASAN YANG TULEN….BAK AIR
MENGALIR PENUH HALANGAN…DAN LIKUAN…TETAPI ITU
 BUKAN ALASAN PADA PERJALANAN TAKDIR UNTUK
MENGHILANG….MENEMPUHI ONAK DURI
ADALAH KEMESTIAN PADA TIRAI HAKIKAT…
UNTUK SANG PELANGI…

APAKAH MUNGKIN ADA PERTEMUAN
YANG TERLEWAT?ATAU MASIH LAGI DIBATASI
OLEH PINTU REALITI?ANDAINYA IA
SEBUAH NOTA,BIARLAH AKU YANG
MENGARANG BAIT-BAIT KEINDAHAN
UNTUK DISIAPKAN…

INDAHNYA KESABARAN….DAMAINYA KEMAAFAN..
MISTERINYA KEIKHLASAN….HEBATNYA PENGORBANAN..
MURNINYA KASIH SAYANG….LANTAS
AKU SATUKAN KEMBALI BERSAMA SEKUNTUM
SENYUMAN TANPA ADA PENGHARAPAN…
ATAS NAMA KEHIDUPAN…UNTUK SANG PELANGI…

WARNANYA BERLIMPAHAN DIMERATA..
WALAU MATA KU DALAM LENA…TETAP
HADIR WARNANYA….DAN DEMI WAKTU,AKU SEMAIKAN
TEKAD DAN KESUNGGUHAN…..AGAR
KEHADIRAN INI MENJADI REALITI & FANTASI
DI HUJUNG PENANTIAN……

DARI ILHAM BERTUKAR BICARA…
SETIAP KATA TELAHPUN MENJADI CERITA….
DAN MENCERITAKAN SUKA,DUKA,KETAWA,
 TERLAKAR DI LUKISAN SEJARAH…DAN BERCORAK-CORAK
INDAH PADA BAHAGIAN-BAHAGIAN KEHIDUPAN
 YANG DITAKDIRKAN…..
UNTUK PERSINGGAHAN DI BINTANG YANG KEEMPAT.....
DITITIK YANG GANJIL…

HENTIAN INI….PENUH DENGAN BERBAGAI
ALUNAN NADA IRAMA HATI….BERSAMA RENTAK KEHIDUPAN
 YANG SUKAR SEKALI UNTUK DITAFSIRKAN….
PERSIS MIMIPI-MIMPI YANG SEMPURNA….
MENJADIKAN RINDU ITU SATU KEMESTIAN YANG PASTI…
DAN TAK BERTEPI….

TERIMALAH WARNA KEIHLASAN TULEN…
HAI SANG PELANGI….
UNTUK MENAMBAHKAN LAGI SERI….
KERANA HADIR MU TIADA DAPAT
AKU MENDUGA….APATAH LAGI UNTUK
KURAMAL DENGAN GETARAN FIRASAT KU…

LANTAS…
AKU MERENUNG MASA SILAM BERSAMA
MASA HADAPAN….AKU MELIHAT PERANG TANPA DUSTA….
DAN MENDENGAR TANPA PREJUDIS…
DI LORONG YANG MASIH KABUR…TANPA WARNA DAN CAHAYA…
HINGGA AKU MENGELUARKAN…
BUKU DARI SEBUAH PENGALAMAN…

PASRAH DISUATU MUSIM ITU…
ANGIN BERTIUP KENCANG….BERSAMA HUJAN…
DAN MALAM TANPA BULAN YANG JUGA
DIPAGARI SANG BINTANG...HILANG
DITELAN KEGELAPAN….

LEMAH AKU BERDIRI DIJALANAN SEPI…
MEMAKAI TOPENG KEGEMBIRAAN DAN
MEMEGANG PANJI-PANJI HAKIKI…LALU PULANG DENGAN
SEBUAH ERTI DAN KEKALAHAN…YANG KURANG DIFAHAMI…
TANPA ADA JAWAPAN YANG PASTI…
DAN NOKTAH KENYATAAN…

AKU SEMAKIN JAUH MELANGKAH…
DAN MENYEBUTKAN SEBUAH NAMA DALAM
SETIAP DOA….DAN KUGENGAM BINGKAI
KENANGAN YANG BERKECAI…
LALU AKU UKIRKAN SEBUAH SENYUMAN…
SKALIPUN SENGSARA….

AKU LEKATKAN SEBUAH NAMA DAN SEBUAH CERITA…
YANG TIDAK SEMPURNA….DAN AKU BERTAHAN
DALAM SETIAP PERJALANAN…
BERSAMA KENANGAN…

…ARIES 17…

15/7/2010 5:13 A.M
www.tips-fb.com

4 comments: