Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasulullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid b. Tsabit menulis serta menyebarkannya. Sesiapa yang membaca ayat Qursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu,setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, insyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.
Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan
dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya,dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah, Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan. Untuk amalan kita semua
Fadhilat Ayat Al-Qursi mengikut Hadis-Hadis , Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Qursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya."
Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Qursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah
memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
Orang yang selalu membaca ayat Qursi dicintai dan dipelihara
Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal
dengan bacaan ayat Qursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan
Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Qursi
juga,dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Qursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Qursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Qursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Qursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin.
* Barangsiapa membaca ayat Al-Qursi apabila berbaring di tempat
tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga
subuh.
* Barang siapa membaca ayat Al-Qursi di akhir setiap
sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah
hingga sembahyang yang lain.
* Barang siapa membaca ayat Al-Qursi di akhir tiap
sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga
kecuali maut.
* Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan
dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di
sekitarnya.
* Barang siapa membaca ayat Al-Qursi di akhir tiap-tiap
sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang
bersyukur perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi
juga Allah melimpahkan padanya rahmat.
* Barang siapa membaca ayat Al-Qursi sebelum keluar rumahnya,maka
Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon
keampunan dan mendoakan baginya.
* Barangsiapa membaca ayat Al-Qursi di akhir sembahyang, Allah Azza
Wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah
seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati
syahid.
* Barangsiapa yang membaca ayat al-Qursi ketika dalam kesempitan
nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a. , Rasullullah s.a.w. bersabda,
"SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."
Wassalam.
No comments:
Post a Comment