28.2.10

SEDIKIT CATATAN DARI DIARI LAMA AKU UNTUK RENUNGAN

...Seribu kebaikan yg dilakukan oleh seseorang belum tentu akan dapat menutup satu kejahatannya..Tetapi satu kejahatan walaupun pada hakikatnya tidak dilakukan,sudah cukup untuk menutup seribu kebaikan sebelum ini...

"apabila tiada cahaya,kegelapan akan memimpin segalanya"

'Hati org bodoh terletak dimulutnya dan mulut org cerdik berada dihatinya'

'Iklas yg hakiki ialah suatu kedaan yg mana perbuatan dalam melakukan amalan adalah semata-mata kerana ALLAH..'

Mereka mempunyai hati,tetapi tidak mahu memahami dengannya,mereka mempunyai mata tetapi,tidak melihat dengannya,mereka mempunyai telinga,tetapi tidak mendengar dengannya.Mereka itu seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat(surah Al-Hajj ayat 46:)

"TIDAKLAH SEORANG MUSLIM MENDERITA KERANA KESEDIHAN,KEDUDUKAN,KESUSAHAN,KEPAYAHAN,PENYAKIT DAN GANGGUAN DURI YG MENUSUK TUBUHNYA KECUALI DGN ITU ALLAH MENGAMPUNI DOSA-DOSANYA"(RIWAYAT IMAM BUKHARI)

Ayat 286,surah AL-BAQARAH
-ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG MELAINKAN SESUAI DENGAN KESANGGUPANNYA.BAGI MANUSIA ITU (PAHALA) ATAS APA-APA (KEBAJIKAN) YG DIUSAHAKAN DAN UNTUKNYA (SEKSA) ATAS APA (KEJAHATAN) YG DIKERJAKANNYA...

"BARANGSIAPA YG MENYERANG KAMU MAKA SERANGLAH IA,SEIMBANG DGN SERANGANNYA TERHADAP MU.DAN BERTAQWALAH KEPADA ALLAH"(AL-BAQARAH:194)

"Dan barangsiapa yg bertakwa kepada Allah,nescaya DIA akan memberikan baginya jalan keluar(yg mudah).Dan barangsiapa yg bertawakal kepada Allah,nescaya Allah mengcukupkan keperluannya."(Surah at-Talaq:2-3)

Dan bg mereka yg berusaha bersungguh-sungguh pd jalan Kami,nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan kami,dan sesungguhnya Allah berserta dgn orang2 yg berbuat kebaikan(surah al-Ankabut:69)

"DAN JANGANLAH KAMU MENGATAKAN TERHADAP ORG2 YG GUGUR DIJALAN ALLAH(BAHAWA MEREKA ITU)MATI,BAHKAN (SEBENARNYA) MEREKA ITU HIDUP,TETAPI KAMU TIDAK MENYEDARINYA"(AL-BAQARAH:154)

Firman Allah dalam surah al-Talaq 2-3
Siapa yg bertaqwa kepada Allah,maka Allah akan menjadikan baginya jalan keluar(daripada kesempitan dan kesusahan).Dan memberinya rezeki yg tiada disangka-sangka.Dan siapa yg bertawakal kepada Allah,nescaya Allah akan mencukupkan(keperluannya).Sesungguhnya Allah telah menjadikan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu


'Iri hati adalah antara sifat kehinaan yg mengjauhkan seseorang daripada keredhaan Allah,dan kekejian yg mewajibkan kemurkaanNYA.Nabi S.A.W pernah menyatakan:Org mukmin itu bukanlah org yg iri hati'

Surah al-Baqarah ayat 1 hingga 5

Alif Lam Mim.Itulah kitab
al-Quran yg tiada keraguan padanya,petunjuk bagi mereka yg bertaqwa.(Iaitu) orang-orang yg beriman dengan perkara yang ghaib,mendirikan solat,membelanjakan ke jalan Allah sebahagian daripada apa yg Kami kurniakan kepada mereka.(Dan)mereka yg beriman dengan kitab yg kami turunkan sebelummu,serta mereka yg yakin dengan hari akhirat.Mereka itulah orang yg berada diatas petunjuk daripada Tuhan mereka dan mereka itulah orang yg mendapat kemenangan. www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment