1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari
api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.
2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi
Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke
bumi.
Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.
3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin
Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak
Islam).
4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang
mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk.
Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan.
Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin
lah tuu (sambil berseloroh).
5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut,
tempat-tempat tinggi (klcc), tandas dan kubur.
6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya
jalanraya), perlu baca " Sala Mun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut
sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka
sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila
pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit
jin !!!!
7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau
bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila
Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi
Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman
duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di
hadapan-nya.
Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan
jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa
Nabi Sulaiman telah mangkat.
8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya
tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu
itu.
Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).
9) rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap
belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di
galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3
hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat
menepung tawar !!!
10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika
tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab
beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.
No comments:
Post a Comment