11.3.10

Makkah al-Mukarramah

Sejarah

Sejarah Makkah bermula apabila Nabi Ibrahim a.s. menerima perintah daripada Allah s.w.t. supaya meninggalkan anaknya Nabi Ismail a.s. dan isterinya Siti Hajar di sebuah gurun yang kering kontang. Selepas Nabi Ibrahim a.s. meninggalkan isteri dan anaknya itu di sebuah gurun beliau kembali ke tempat asalnya.
Apabila air yang dibawa oleh Siti Hajar habis, Nabi Ismail a.s. yang ketika itu masih lagi seorang bayi mula menangis meminta susu. Siti Hajar yang mula gelisah mula mencari air di antara Al Safa, daripada Abi Qubais hinggalah ke Al Marwa. Dalam suasana yang kelam kabut itu Nabi Ismail a.s. yang sedang menangis, menghentakkan kakinya di atas tanah. Dengan izin Allah s.w.t., air keluar daripada tanah yang dihentak Nabi Ismail a.s. tadi. Sebuah telaga dibina kemudian dan dikenali sebagai Telaga Zamzam. Akibat daripada peristiwa tadi maka selamatlah Siti Hajar dan anaknya.
Dengan kemunculan Telaga Zamzam itu, pedagang-pedagang dan kabilah-kabilah perdagangan mula muncul. Mereka mula tinggal di situ dan membuka penempatan baru. Dengan itu terlahirlah Kota Makkah. Nabi Ibrahim a.s. melawat tempat di mana dia meninggalkan anak dan isterinya tadi. Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. kemudiannya membina Kaabah.
Al Masjid Al Haram di Makkah, tempat paling suci dalam Islam
Pada tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Makkah hendak diserang oleh tentera Abrahah yang cemburu dengan kemajuan Makkah sebagai pusat keagamaan Semenanjung Arab. Mujur dengan kuasa Allah s.w.t., tentera Abrahah ditewaskan. Tahun kejadian itu digelar Tahun Gajah.
Makkah juga merupakan tanah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.. Nabi Muhammad s.a.w. hidup di kalangan masyarakat yang menyembah berhala tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tetap tidak lupa akan ajaran Nabi Ibrahim a.s.
Lokasi Makkah, Madinah dan bandar-bandar lain di Arab Saudi.
Satu hari sewaktu Rasulullah s.a.w. (berumur 40 tahun) sedang berada di dalam sebuah gua yang bernama Gua Hira, baginda didatangi oleh Malaikat Jibril yang menyampaikan wahyu daripada Allah s.w.t. Wahyu itu memerintahkan supaya Nabi Muhammad s.a.w. menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh penduduk Makkah. Nabi Muhammad s.a.w. menyampaikan ajaran Islam kepada penduduk Makkah tetapi kebanyakkan mereka menentangnya. Rasulullah s.a.w. kemudiannya berhijrah ke Madinah pada tahun 622 masihi.
Ajaran Islam kemudiannya berkembang ke seluruh Semenanjung Arab. Nabi Muhammad s.a.w. kemudiannya kembali ke Makkah pada tahun 628 masihi bersama-sama ribuan pengikut baginda. Mereka memasuki Makkah tanpa mengalirkan darah. Penduduk Makkah akhirnya menganuti ajaran Islam dan ini menjadikan Makkah pusat perkembangan Islam.

Demografi

Makkah terletak di ketinggian 277 meter (910 kaki.) daripada paras laut. Bandar raya ini terletak di antara gunung-ganang, yang telah ditakrifkan pengembangan kontemporari bandar raya ini. Bandar raya ini berpusat di sekitar Masjid al-Haram (tempat paling suci). Sekitar kawasan masjid mengandungi bandar lama. Jalan-jalan utama adalah Al-Mudda'ah dan Sūq al Layl ke utara masjid, dan As-Sūg as Saghīr ke selatan. Rumah-rumah berdekatan dengan kawasan masjid telah dimusnahkan dan digantikan dengan tempat-tempat terbuka dan jalan-jalan yang diperluaskan. Kompleks kediaman adalah lebih padat dalam kawasan bandar lama daripada di kawasan perumahan. Rumah-rumah tradisional dibina menggunakan batu-batu tempatan dan setinggi dua hingga tiga tingkat. kota ini mempunyai beberapa kawasan sesak di mana jemaah-jemaah miskin yang tidak dapat membiayai bayaran perjalanan pulang selepas menunaikan fradhu haji, tinggal.

Pengangkutan

Kemudahan pengangkutan berkaitan dengan Haji atau Umrah (haji kecil) adalah perkhidmatan utama yang boleh didapati. Makkah tidak mempunyai lapangan terbang, atau perkhidmatan landasan. Jalan-jalan berturap dan lebuh raya moden menghubungkan Makkah dengan bandar raya lain di Arab Saudi. Kebanyakan jemaah haji mengakses bandar ini melalui terminal haji Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz atau Pelabuhan Islam Jeddah yang kedua-duanya terletak di Jeddah.

Nabi Muhammad s.a.w.

Seorang jemaah haji berdoa di Masjidil Haram, Makkah
Nabi Muhammad s.a.w. ialah rasul terakhir umat Islam dan dilahirkan pada tahun 571 Masihi di Makkah. Semasa baginda berusia 40 tahun, baginda menerima wahyu daripada Allah s.w.t. menerusi Malaikat Jibril di sebuah gua bernama Gua Hira di Jabal al-Nur (Bukit Cahaya). Pada tahun 622 masihi baginda berhijrah ke Yathrib (sekarang Madinah) yang juga menjadi kota suci Islam kedua.

Orang bukan Islam dan Makkah

Orang bukan Islam adalah dilarang daripada memasuki Makkah. Sekatan jalanraya diadakan pada setiap pintu masuk Kota Makkah. Hal ini bagi memelihara kesucian Kota Makkah.

Haji

Kaabah di Masjidil Haram.
Setiap tahun umat Islam akan datang ke Kota Makkah bagi mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun mengikut kalendar Islam. Antara ibadat haji itu ialah tawaf iaitu mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali. Ibadah haji merupakan salah satu daripada Rukun Islam.




Rujukan

"Makkah dan Madinah". Encyclopedia Britannica www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment