1.3.10

Tips Pantas : Jadikan Defrag Di Dalam Windows XP lebih Pantas Dengan Tips Mudah

Hari ini ada sedikit tips mudah untuk anda. Tip komputer kali ini ialah mempercepatkan proses defrag atau defragmentation dalam bahasa inggerisnya. Kalau secara biasa, proses defrag mungkin memakan masa sedikit tetapi setelah melakukan beberapa perubahan pada registry, anda akan melihat perubahannya nanti…
Sebelum tu, kenapa kita perlu defrag fail sistem dalam Windows kita?
Jawapan yang ringkas ialah kerana dengan defrag, fail-fail di dalam Windows atau sistem fail akan lebih teratur dan memudahkan capaian dari sistem operasi atau aplikasi-aplikasi lain. Jadi komputer anda menjadi lebih lancar.
Ok, tanpa berlengah lagi, kita teruskan agenda kita pada kali ini…
Langkah 1
Buka Registry. Caranya Klik Start > Run dan taip regedit



Langkah 2
Pergi ke sube menu HKEY_LOCAL_MACHINE > SOFTWARE > Microsoft > Windows > CurrentVersion > RunOnce
atau HKEY_LOCAL_MACHINE\software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\RunOnce

Langkah 3
Klik kanan pada subkey RunOnce dan pilih New > String Value.

Langkah 4
Namakan value sebagai fastdefrag.

Langkah 5
Kemudian klik fail yang dibina tadi yang bertajuk fastdefrag sebentar tadi sebanyak dua kali. Satu tetingkap Edit String muncul.
Taipkan Defrag.exe c:/f di ruangan Value Data dan klik OK.

Ia akan kelihatan dibawah.

Langkah 6
Tutup Registry Editor dan restart Windows serta mulakan defrag anda.
Semoga berjaya!
p/s : Mengubahsuai registry mungkin boleh mengakibatkan komputer anda mengalami masalah dan tidak stabil. Jika berlaku sebarang masalah, pihak saya tidak bertanggungjawab tetapi setakat harini, insya-allah pc saya tiada masalah lagi… www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment