24.3.10

AKU & SESUATU

Musim ini seperti perasaan tidak stabil tanpa ada sebab..barangkali kerana keraguan seringkali muncul untuk mengganggu aku walaupun tanpa alasan hadirnya...namun,tidak perlu untuk aku terlalu memikirkannya..apabila menatap bintang-bintang dimalam ni,seperti minda ku terbayangkan kisah silam yang unggul....penuh suka dan duka kehidupan...banyak juga untuk dikenang..ia persis mimpi dimalam hari dan datang silih berganti...namun,aku tetap aku selamanya..tidak lagi goyah dgn mimpi-mimpi semalam yang kadang-kadang ia terlalu ngeri untuk  aku ingat...aku merenung bulan..sungguh cantik sekali bila dihiasi dgn pagaran sang kejora...namun aku tidak boleh diasyikkan dengan keindahannya...keindahan fana tidak perlu diagungkan.Yang perlu diagungkan adalah Sang Pencipta sahaja....malam seperti ini benar-benar mengajar erti sepi yang menjadi teman setiaku sebelum ini..sepi yg penuh dgn kegelapan tanpa ada noktah dan tujuan..dan akhirnya hilang dibakar oleh NUR yg murni dan indah...sepi kadang-kadang menjadi terlalu indah....kerananya kita akan memahami erti rindu....Sang Pencipta tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia...pasti ada hikmah disebaliknya...kehidupan adalah benda yang berat untuk dilalui..kadang-kadang kita tak punyai pilihan namun kita boleh mencipta pilihan kita sendiri untuk menentukan arah mana kita bila tiba DIHUJUNG PENANTIAN.kita tak boleh mengelak kerana kita dah ditakdirkan untuk menjalani liku-liku dan onak duri kehidupan..suka atau tidak tetap kita kena lalui...hukum yang telah ditakdirkan.....oleh itu kita kena berusaha sekuatnya semoga diakhir nanti kita dikurniakan dengan takhta yang bahagia untuk selama-lamanya....

  24 MAC 2010
  3.O5 a:m
DIMANAKAH ARAH AKHIR KITA?
www.tips-fb.com

1 comment: