2.3.10

Membaca Secara Berkesan

Membaca adalah satu proses yang sangat penting untuk mendapat
 ilmu dan maklumat. Kebanyakan pelajar mempunyai tabiat belajar yang
buruk. Akibatnya mereka menghadapi masalah seperti cepat bosan,
jemu, kurang minat, mengantuk dan sebagainya. Lama-kelamaan jika
diteruskan juga akan membuatkan pelajar rasa malas untuk membaca.
Kesedaran tentang betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan perlu
ditanam dalam diri pelajar. Dengan ilmu manusia disanjung, dikagumi
dan dihormati. Kejayaan dan kecemerlangan hidup tidak mungkin
tercapai tanpa ilmu.
Persediaan Sebelum Membaca. Langkah-langkah yang berikut perlu
diambil untuk memastikan pelajar mampu membaca secara berkesan.

Pilih masa belajar yang sesuai. Waktu belajar yang paling sesuai
ialah ketika kurangnya gangguan terhadap tumpuan. Badan tidak letih
dan perut tidak terlalu kenyang. Wastu subuh adalah merupakan waktu
yang paling ideal untuk belajar.

Pilih suasana yang sesuai. Iaitu suasana yang terang, kemas,
bersih, nyaman, tenang dan tersusun.

Pastikan kedudukan badan yang betul dengan buku dijarakkan lebih
kurang satu kaki dari mata.

Mulakan dengan bacaan Bismillah dan doa agar diterangkan hati.

Pelbagai Cara Membaca. Terdapat tiga cara membaca bergantung kepada
tujuan satu-satu sessi pembacaan itu dilakukan.

Membaca untuk hiburan. Membaca untuk tujuan berhibur tidak
memerlukan daya tumpuan yang tinggi. Bahan-bahan yang biasa dibaca
ialah majalah, komik, novel, cerpen, akhbar dan sebagainya.

Membaca untuk mencari maklumat tertentu. Ada ketikanya anda membaca
semata-mata untuk mencari maklumat yang tertentu sahaja. Anda boleh
membaca seimbas dan pantas bagi mencari lokasi maklumat yang
dicari. Anda perlu merujuk kepada isi kandungan dan indeks bagi
mendapatkan maklumat dengan lebih cepat. Anda boleh terus membelek
muka surat yang berkaitan dan memlambatkan bacaan anda bagi
menyaring maklumat yang ada.

Membaca secara kritikal. Membaca cara ini perlu apabila anda
membaca untuk memahami konsep, istilah, logik dan sebagainya.
Membaca secara kritikal adalah kaedah yang betul ketika menelaah
mata pelajaran anda. Dengan menggunakan pendekatan ini, belajar
nyata lebih seronok dan tidak membosankan. Minat juga mula terbit
apabila anda mula memahami isi kandungan yang dibaca.
Langkah-langkah Membaca Secara Kritikal.

Melihat seimbas. Berikan perhatian kepada perkara-perkara yang
berikut.
Lihat tajuk-tajuk kecil dan dapatkan perkaitan (jika ada) diantara
tajuk-tajuk tersebut.

Amati seimbas rajah, peta, jadual, carta, radas,gambar dan
sebagainya.

Lihat soalan-soalan yang ada termasuk soalan-soalan dibahagian
belakang sesuatu bab / tajuk utama.

Catatkan sebarang persoalan (jika ada) yang timbul dalam fikiran
pada sehelai kertas.

Baca pendahuluan dan kemudian baca bahagian kesimpulan / penutup.

Baca secara terperinci, ayat demi ayat, perenggan demi perenggan.
Terjemahkan setiap penjelasan dalam bentuk gambaran minda.

Jangan pindah perenggan selagi anda tidak memahami apa yang sedang
dibaca. Perlahankan rentak bacaan anda apabila tiba dibahagian yang
sukar. Ulang baca beberapa kali sekiranya perlu.

Gariskan fakta-fakta penting. Buatkan ringkasan kedalam nota
peperiksaan anda.

'Highlight' setiap kata kunci.

Gunakan kod warna misalnya warna kuning untuk nama orang, warna biru
untuk tarikh dan sebagainya.

Yakinkan diri anda yang anda mampu menguasai bahan yang dibaca.

Setelah habis satu perenggan, tutup buku dan nota anda. Fikirkan
atau gambarkan semula apa yang telah anda baca. Setelah habis satu
tajuk kecil, ambilkan sehelai kertas dan lakarkan kembali apa yang telah anda baca dalam bentuk peta minda atau peta konsep.
www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment