2.3.10

ANTARTICA- Benua seribu misteri

Ia memperolehi namanya daripada perkataan Yunani-antarktos yang bermaksud gugusan bintang diutara langit. Benua tertua yang paling sejuk didunia ini dipercayai diselaputi ais sejak 35 juta tahun lalu dan mencatatkan suhu sejuk melampau sehingga paras -89.2°C. Terletak di Kutub Selatan,mempunyai keluasan 443 kilometer persegi dan menjadi tumpuan ramai saintis yang semuanya bercita-cita besar,mahu meneroka keajaibannya. Disebalik putih sucinya,Antartika sebenarnya cukup ‘keras’ dan telah mengorbankan banyak nyawa. Walaupun ramai yang terkorban,usaha terus dijalankan bagi mencungkil rahsia yang masih tersembunyi.Terlalu banyak mahu dicari.Antara rahsia yang telah diketahui….
• Antartika merupakan sebuah gurun yang hampir sama dengan Sahara.Perairannya juga adalah antara kawasan yang paling berangin didunia dengan catatan kelajuan angin 320 kilometer sejam.

• Keadaan sejuk dan kering di Antartika hampir menyamai keadaan di planet Mars.Di daerah kering itu tiada setitik pun hujan turun,sejak 2 juta tahun lampau.

• Kebanyakan hidupannya termasuk ikan hidup pada suhu antara 2°C.Hidupan dasar laut ini tidak akan membeku walaupun tiada pigmen hemoglobin yang berfungsi membawa oksigen.

• Tiada satu serangga pun yang mampu terbang di Antartika kerana tidak mampu melawan tiupan angin yang kencang.Kalau ada pun,ia cuma sebesar 1.3 sentimeter yang hanya mampu hidup dengan menghinggapi penguin.Serangga kecil tanpa sayap ini dikenali sebagai belgica.

• Antartika sebenarnya merupakan kawasan yang bergunung-ganang.Puncak tertinggi dikenali sebagai Vinson Massif yang mencatat ketingian 4,897 meter.Ramai yang tidak tahu,benua ini turut memiliki gunung berapi.Peliknya tidak ada satu pun yang aktif.

• Empulur ais di Antartika mengandungi maklumat yang berguna mengenai kejadian yang berlaku berpuluh-puluh juta tahun dahulu.Saintis mendapati objek-objek yang terperangkap di dalamnya mampu memberi gambaran terhadap iklim dunia yang berubah-ubah.

• Antartika juga menjadi tempat terbaik di dunia untuk melihat komet kerana persekitarannya yang serba putih dan tidak dilitupi oleh tumbuh-tumbuhan.

• Semasa musim panas,paus biru akan memakan krill iaitu sejenis hidupan laut seperti udang kira-kira 3,000 kilogram atau 4 tan setiap hari.Jumlah itu mampu mengenyangkan seorang manusia untuk selama 4 tahun.

• James Weddel adalah manusia pertama menemui benua itu pada tahun 1823.Kapten Robert Falcon Scott dari Britain berjaya tiba disitu pada tahun 1911 namun beliau dibunuh oleh Roald Amundsen dan rakan-rakannya yang tiba lebih awal.

• Richard E.Byrd dari Amerika Syarikat mencipta sejarah sebagai manusia pertama berjaya tiba di Antartika dengan mengunakan kapal terbang.

• Pada tahun 1935, Caroline Mikkelsen dari Amerika Syarikat merupakan wanita pertama menjejak kaki di benua salji itu.

• Ramai peneroka berjaya mencatat sejarah di Antartika namun tidak kurang juga mereka yang tewas.Pada tahun 1997,Boerge Ousland menjadi manusia pertama berjaya menyeberangi Antartika berjalan kaki dengan mengambil masa selama 2 bulan.

• Sekiranya separuh dari benua berais ini mencair,ia cukup untuk menenggelamkan bandar-bandar besar dunia.

• Para saintis meramalkan Antartika mungkin musnah dalam tempoh 1000 tahun dari sekarang.Kata mereka kepanasan suhu menjadi penyebab utama.Akibatnya paras laut akan naik 60 meter.Sekiranya ramalan ini menjadi kenyataan,bumi akan punah-ranah! www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment