11.3.10

‘DALAM KENANGAN’

DIA ADALAH SEORANG YANG SANGAT TABAH WALAUPUN DIA SERING DISISIH OLEH AHLI KELUARGANYA SEMENJAK DIA KECIL…DIA TAK PERNAH MENYALAHKAN AHLI KELUARGANYA WALAUPUN KASIH SAYANG KELURGANYA TERLALU KURANG PADANYA MALAHAN DIA TETAP MENGAMBIL BERAT PADA KELUARGANYA SEBILANG MASA..DI ZAMAN KANAK-KANAK,DIA SERING MENGHABISKAN MASA LAPANGNYA DILUAR KERANA  DIA SEPERTI ORANG YANG TAK PENTING DALAM KELUARGANYA…TAMBAHAN PULA,MENDIANG AYAHNYA SERINGKALI MEMUKULNYA DAN LANGSUNG TAK MEMBERINYA KASIH SAYANG…KADANG-KADANG,DIA SELALU DIMARAHI OLEH AHLI KELUARGANYA TANPA SEBAB LANTAS MENJADIKAN DIA SEORANG YANG PENDIAM…KEMESRAAN ANTARA KELUARGA BAGINYA KURANG NAMUN TETAP TABAH DALAM MENITI HIDUP INI…DISEBABKAN DEMIKIAN,KELUARGANYA KURANG TAHU DAN MENGENAL SIAPA DIA…DIKALANGAN KAWAN-KAWAN,DIA ADALAH SEORANG KAWAN YANG BAIK DAN SUKA MEMBANTU ORANG YANG SUSAH…SERINGKALI DIA SUSAH KERANA MEMBANTU ORANG LAIN…DIA MEMPUNYAI RAMAI KAWAN LANTARAN SIFATNYA YANG MESRA,LEMBUT DAN RAMAH MENJADIKAN DIA SEORANG YANG MUDAH UNTUK DIDAMPINGI.DIA SEORANG YANG SABAR SERTA BERFIKIRAN RASIONAL DISEBALIK RAUT WAJAHNYA YANG SANGAT-SANGAT TENANG….DIA BANGGA DENGAN APA YANG DIA MILIKI DALAM HIDUPNYA KERANA SEMUA ITU ADALAH HASIL TITIK PELUH DARI USAHA DIA SENDIRI TANPA ADA BANTUAN DARI KELUARGANYA.DIA BENAR-BENAR BERDIKARI DALAM HIDUPNYA…


ALLAH S.W.T  MENERANGKAN HATI DAN MEMBERI HIDAYAH PADANYA DAN MENJADIKAN DIA SEORANG MUSLIM .HANYA DIA SEORANG SAHAJA YANG MEMELUK ISLAM DALAM KELUARGANYA YANG BERKETURUNAN CINA..


DIA MENJADIKAN AKU SEBAGAI ADIK ANGKAT SETELAH BANYAK PERTEMUAN SECARA TAK SENGAJA DENGAN DIA..DIA ADALAH SEORANG ABANG YANG BEGITU BAIK….SERING MEMBERIKU NASIHAT,MENGAJAR AKU ERTI HIDUP INI,MENCURAHKAN KASIH SAYANG SEORANG ABANG KEPADA KU…DIA ADALAH GURU PADA MASAALAH-MASAALAH AKU…DIA TAK PERNAH MEMARAHI AKU WALAUPUN AKU BANYAK BUAT KESILAPAN….DIA MEMPUNYAI PENGALAMAN-PENGALAMAN HIDUP YANG BANYAK HASIL DARI HIDUPNYA YANG BERDIKARI DAN DIKONGSI DENGAN KU…JUGA BERSAMA KAWAN-KAWAN YANG RAPAT DENGANNYA…NAMUN,SERINGKALI DIA MENIPU AKU YANG DIA SIHAT WALAUPUN BEBERAPA KALI DIA DIMASUKKAN KE HOSPITAL TANPA PENGETAHUAN AKU….BARANGKALI DIA MEMANG TAK MAHU AKU BERASA RISAU.AKU SERINGKALI TAHU TENTANG ITU HANYA BILA RAKAN-RAKAN PEJABAT DIA MENGHUBUNGI AKU.PERKARA BEGITU MEMANG MENYAKITKAN WALAUPUN MOTIFNYA TAK MAHU MEMBUAT AKU RISAU…AKU MENGANGGAP DIA SEPERTI ABANG AKU SENDIRI..WALAUPUN TIADA TALI PERSAUDARAAN NAMUN SILATURAHIM ANTARA AKU DAN DIA BEGITU UTUH DAN KUKUH.

BERITA KEMATIANNYA SANGAT-SANGAT MENGEJUTKAN DAN MENYEDIHKAN..AKU HANYA MENGETAHUINYA SETELAH 2 BULAN DIA PERGI MELALUI KAWANNYA YANG SECARA KEBETULAN AKU JUMPA…AKU HAMPIR TAK PERCAYA….2 BULAN SEBELUM ITU AKU BERADA DILAIN NEGERI KERANA DITUGASKAN ATAS SATU URUSAN KERJA…BARULAH AKU TAHU PUNCA MENGAPA DIA TAK DAPAT AKU HUBUNGI….KEESOKKAN HARINYA AKU PERGI JUMPA KELUARGANYA UNTUK DAPATKAN KEPASTIAN YANG JELAS TENTANG ITU….KELUARGANYA BERKATA YANG MEREKA TAK TAHU BANYAK HAL TENTANG DIA DAN BANYAK PERKARA YANG MEREKA TAK JANGKA APABILA KAMI BERCERITA TENGTANG DIA….HAL-HAL DIA SEWAKTU HIDUPNYA AKU LEBIH BANYAK TAHU BERBANDING KELUARGANYA….ITU DIAKUI OLEH KELUARGANYA…

DIA KINI TELAH PERGI UNTUK SELAMANYA….HANYA AL-FATIHAH DAN DOA-DOA YANG MAMPU KUHADIAHKAN BUAT DIA DISANA SEMOGA AMAN DI ALAM ABADI…DIA HANYA HILANG DIMATA NAMUN TETAP HIDUP DIHATI AKU SELALU….

AL-FATIHAH

DIA ADALAH MOHAMMAD HAKIMI TAN BIN ABDULLAH


www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment