Sebelum tu, kenapa kita perlu defrag fail sistem dalam Windows kita?
Jawapan yang ringkas ialah kerana dengan defrag, fail-fail di dalam Windows atau sistem fail akan lebih teratur dan memudahkan capaian dari sistem operasi atau aplikasi-aplikasi lain. Jadi komputer anda menjadi lebih lancar.
Ok, tanpa berlengah lagi, kita teruskan agenda kita pada kali ini…
Langkah 1
Buka Registry. Caranya Klik Start > Run dan taip regedit
Langkah 2
Pergi ke sube menu HKEY_LOCAL_MACHINE > SOFTWARE > Microsoft > Windows > CurrentVersion > RunOnce
atau HKEY_LOCAL_MACHINE\software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\RunOnce
Langkah 3
Klik kanan pada subkey RunOnce dan pilih New > String Value.
Langkah 4
Namakan value sebagai fastdefrag.
Langkah 5
Kemudian klik fail yang dibina tadi yang bertajuk fastdefrag sebentar tadi sebanyak dua kali. Satu tetingkap Edit String muncul.
Taipkan Defrag.exe c:/f di ruangan Value Data dan klik OK.
Ia akan kelihatan dibawah.
Langkah 6
Tutup Registry Editor dan restart Windows serta mulakan defrag anda.
Semoga berjaya!
p/s : Mengubahsuai registry mungkin boleh mengakibatkan komputer anda mengalami masalah dan tidak stabil. Jika berlaku sebarang masalah, pihak saya tidak bertanggungjawab tetapi setakat harini, insya-allah pc saya tiada masalah lagi…
No comments:
Post a Comment