Pada 1985 adalah tahun kemelesetan ekonomi dunia.. begitu banyak syarikat kena tutup dan terjadilah masalah siswazah menganggur . Untuk mengurangkan tekanan kepada rakyat.. kerajaan telah membuat berbagai program, antaranya skim siswazah menganggur. Namun demikian, tindakan itu tidak dapat menampung lebihan siswazah terutamanya yang mengambil jurusan pertanian atau civil ngineering.
Nak dijadikan cerita.. adalah seorang siswazah menganggur dari UPM yang sudah berbulan-bulan mencari kerja, tapi tak dapat-dapat juga. Merata dia minta, tak dapat-dapat juga.. Dan kerana ekonomi meleset, Zoo Taiping pun kena effect dia juga, dah la orang kurang mai.. kena cut lagi budget dia. Entah macam mana , sekor orang utan kat zoo tu mati kerana kurang makanan . Tension juga la pengarah zoo ni pasai orang utan ni juga lah yang menjadi tarikan utama pengunjung kesitu ..
Ntah nak jadi rezeki siswa tu dia pi la mintak kerja kat zoo tersebut.. maka di interview la dia ni. Kepala pengarah zoo yang brilliant ni pun timbul satu idea... jeng.. jeng.. jenggg. Dia offer kat budak tu.. 'emmm ,mau dak kamu jadi orang utan ? Kerana susahnya dapat kerja ,budak tu pun sanggup la menyamar utk jadi orang utan.
Tiap2 hari dia terpaksa la pakai sarung kulit menyerupai orang utan untuk memastikan pengunjung tetap tertarik ke zoo tersebut dan pihak zoo pun bagitau dekat orang ramai yang depa ada orang utan baru.. lebih cerdik lagi. Jadi ,ramai la orang mai nak tengok orang utan yang cerdik tu.. Depa bagi kali2 pun dia leh jawab ...(dia tulis atas tanah jawapannya )
So, income zoo tu pun increase gila laa.Satu hari, tengah dia dok buat aksi 'breakdance' seperti yang pengunjung suruh buat ,dia terjatuh dari atas kekandang buaya yang terletak bersebelahan. Fuhhh.. buaya dalam kandang tu pun melibas-libas gila la ekor dia sambil merangkak ke arah orang utan
tersebut. Budak yang jadi orang utan tu pucat lesi... sampai
terkencing-kencing dalam sarung tu. Buaya tu terus merangk ak dengan ganas kearah orang utan tu sambil mengangakan mulut dia.. Sappp!!kepala orang utan tu dah berada dalam mulut
buaya tu . Tiba-tiba dia terdengar suara dari buaya tu.......
pssttttt , jangan takut.. kami dari UiTM laaa..kekekeke
No comments:
Post a Comment