11.3.10

PUISI

FIRASAT KU…

SALAM MU TELUS MENGHIASI LEMBAYUNG SENJA
LALU MENGUKIRKAN SEBUAH LUKISAN SEJARAH…
DAN MUNGKIN KERANA DILEWATKAN OLEH MASA
YANG SELALU CEMBURUKAN MU LANTARAN SIFAT
MU YANG SUKAR DITAFSIRKAN….ATAU DIJANGKAU
OLEH FIRASAT LAHIRIAH…..

MUNGKINKAH TERLEWAT PERTEMUAN KALI INI…?
SETELAH LAMA SEKALI TERPISAH DIPINTU
REALITI..YANG AKAN JADI MIMPI-MIMPI DALAM
IMAGINASI DAN AKAN SELALU KEKAL MISTERI RIAS
MU…WALAUPUN TERPANCAR SINAR PELAGI,TAPI
TERLALU SUKAR MENEROKAI APA ITU ERTI…..

BARANGKALI IANYA TELAH TERSURAT…
ANTARA REALITI DAN FANTASI TETAP DIBATASI
DIMENSI RUANG ANTARA JAWAPAN YANG TIADA
KEPASTIAN..SEKERAS MANA PUN LAKARAN JIWA
MERAMAL…TETAP TAK AKAN DAPAT DIMENGERTIKAN…

WAKTU TIDAK BISA DIGUBAL KEMBALI…
IA TETAP PADA HUKUM YANG DILANDASKAN
OLEHNYA…WALAUPUN SERIBU LANGKAH MENAPAK,
IA TAK AKAN PINCANG OLEH KEADAAN….DAN TETAP
KEKAL BERSAMA MIMIPI SEMALAM DENGAN DIHIASI IGAUAN…
NYATA SEKALI…..

JELAS….PINTU REALITI TAK DAPAT DIFAHAMI........
WALAUPUN BERKERAS UNTUK CUBA HIASI NAMUN
IA TERLALU JAUH UNTUK DITEMPUH…APAKAH WAKTU BISA DILUPAKAN?
JIKA WAKTU SILAM BUKAN BEGITU,PASTI TIDAKLAH
SEPERTI HARI INI…..HARI YANG TAK DAPAT DIMENGERTIKAN…
APAKAH MAKSUD HARI INI…….

NUKILAN:LOKMAN
17 FEB 2010
1.55 a.m www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment